Tuesday, June 26, 2012

Gambar-gambar Altantuya Shaariibuu di Perancis tersebar.

 
Korang tengok gambar2 kat bawah neh oke. Ada banyak rupanya ;








Gambar2 neh sebenarnya gambar2 yang baru didedahkan. Selama neh gambar2 neh dirahsiakan. Ataupun lebih tepat disorok. Kenapa dan mengapa aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tahu kalau rekod kemasukkan altantuya ke malaysia pun boleh dihilangkan so tak mustahil rekod kemasukkan altantuya ke perancis pun boleh dilenyapkan.

Dengan tersebarnya gambar2 neh telah membuktikan dua perkara iaitu ;

1. Altantuya memang pernah ke perancis.

2. Altantuya memang bertujuan sesuatu di perancis.

Soalnya kenapa dia ke perancis atas nama amina abdullah? Kenapa visa dia ke perancis dikeluarkan di kuala lumpur? Siapa yang bertanggungjawab proses permohonan dia? Kenapa guna nama amina dan bukan guna nama altantuya?

Benda neh misteri. Kalau aku dapat siasat pun bagus gak neh. Tapi susah sket sebab bn tadbir negara neh. Kalau nak tahu kisah benar bn kena ditumbangkan dulu. Aku rasa kita seme perlu tahu apa sebenarnya yang telah berlaku di antara ;

1. Altantuya

2. Razak Baginda

3. Najib Razak

4. Deepak

5. Rosmah Mansur

6. 2 pegawai polis iaitu azilah dan sirul azhar

7. Penyiasat peribadi yang ditugaskan untuk memerhatikan altantuya

Mereka neh individu2 yang sangat penting bagi menyelesaikan kes pembunuhan altantuya. Fikir macam mana pun memang tak logik sirul dan azilah nak bunuh individu yang mereka tak kenal tanpa apa2 sebab. Melainkan di arah. Tapi siapa bagi arahan? Dan kenapa? 

Tapi top of that ialah rekod kemasukkan altantuya ke malaysia boleh pula di lenyapkan sama seperti rekod kemasukkan altantuya ke perancis. Ini lebih dari sekadar misteri. Orang biasa macam ko dan aku memang tak berupa nak lenyapkan rekod tersebut pun beb.

Bahkan orang biasa macam sirul dan azilah pun tak mampu. Ko gila? Mana ada duit nak sogok orang banyak2. Ingat senang nak suruh orang buang rekod kemasukkan seseorang ke dalam dan luar negara even ko bayar berapa juta pun?

Ia memerlukan seseorang yang berpengaruh. Aku tak nafikan razak baginda berpengaruh tetapi dia tetap belum cukup power nak kawal rekod kemasukkan sampai ke perancis tue. Nak2 dia dibebaskan dari tuduhan mengarahkan pembunuhan dan menghilangkan diri sampai sekarang. Tak pelik ka beb?

Seme neh memang misteri beb. Bukan nak tuduh2 sebab takde bukti yang jelas tapi tah macam mana kes neh memang semacam ada kaitan dengan najib. Kaitan macam mana aku tak pasti yang aku pasti memang ada kaitan. Kena selongkar larh jawabnya kalau nak tahu jawapan sebenar. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.