Friday, June 1, 2012

DEBAT PM NAJIB VS KETUA PEMBANGKANG ANWAR


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Harusani telah membuat kenyataan dalam media dengan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

Nik Aziz meminta harussani jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak. “Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia. -kata Nik Aziz.

Kesimpulannya... Isu ini sengaja dipolitikkan oleh Harussani untuk kepentingan beliau. Saya kira jika beliau nak berpolitik, jadilah orang politik, letak jawatan mufti dan jadi calun UMNO APCO dalam pilihan raya 13. Habis cerita..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.