Saturday, June 2, 2012

Blog Hamidah Osman Sudah Tutup Selepas Keputusan Mahkamah!

 


Blog Hamidah Osman di www.hamidahosman.blogspot.com didapati sudah ditutup selepas keputusan kes mahkamah melibatkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad gagal.

Carian terbaru sebentar tadi mendapati ia sudah tidak aktif dan nampaknya telah dipindahkan ke satu blog lain.

Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, permohonan Ketua Penerangan Wanita Umno-APCO, Hamidah Osman (kanan) bagi mengenepikan saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, terhadapnya.

Saman itu berhubung dakwaan Khalid bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar "superimpose" Ahli Parlimen itu memakai jubah biskop di blognya, pada Januari 2010.

Hakim Zainal Azman Abd Aziz turut memerintahkan saman itu didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Zainal Azman berkata, kes saman itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Katanya, saman difailkan Khalid adalah saman fitnah berhubung kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

Khalid memfailkan saman fitnah itu terhadap Hamidah pada 22 Disember 2011, berhubung penyiaran gambar di laman blog http://hamidahosman.blogspot.com.

Beliau mendakwa gambar yang disiarkan itu menunjukkan seolah-olah beliau seorang murtad seperti seorang paderi Kristian dan termasuk dalam golongan yang menghina Islam.

Hamidah dalam pembelaannya berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina tetapi paparan itu berhubung tindakan plaintif menyebarkan pendapatnya berhubung satu fatwa.

Pada 20 Februari lalu, Hamidah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Khalid diwakili oleh peguam, Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh peguam, Nor Emelia Iszeham.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.