Saturday, June 2, 2012

BERITA BAIK BUAT UMNO : KOMER MENANG DUN SUNGAI MANIK DAN KAMPUNG GAJAH !

Yong dah banyok kali kabor. Kot nak menang DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah, sikap komer kena ubah. Kalau komer teruskan sikap macam sekarang, DUN Sungai Manik dan Kampung Gajah kekal dipegang UMNO. Sikap komer akan mengesahkan kajian UMNO bahawa DUN Sungai Manik dan DUN Kampung Gajah milik UMNO.

Yong dah buat posting tentang perkara ni dulu lagi di sini dan di sini. Tapi nampaknya sikap komer macam tu jugak. PKR tetap dengan bodoh sombong. PAS tetap dengan biorler.

PRU13 dah amat hampir. Aper komer buat eh? Mana orang PKR? Cer komer cari, ader tak demer hidup dalam blog? Yong jumpa ini ajer:

BLOG ADER 2 HALAMAN

Yang ini pulok blog PAS:
BLOG ADER 14 HALAMAN

Blog PAS ader juga cerita-cerita. Tapi masih tak cukup.

Yong tahu kat Pasior Salak mungkin ader masalah network. Jadi sukar untuk update blog. Takpelah kot takde blog pun, tapi janganler tidor! 

PKR, berapa ramei ahli komer? Langsung tak mahu bertolak ansur nak bertanding kat Sungai Manik jugok, walaupun tahu takde "grassroot." Ingat nak harap ahli Teluk Intan tolong, sebab Teluk Intan dah ader DAP. Changkat Jong ader PAS. Ingat! Changkat Jong pun dalam keadaan kritikal jugak.

Mengikut blog PAS Pasior Salak, nampaknya PAS akan tumpu jentera pada Kampung Gajah jer. Sungai Manik, biorler. PKR, komer akan hanyut dalam parit kat Sungai Manik, kot komer tak berusaha dengan lebih bijak!

Setakat ini Parlimen Pasior Salak 50-50. Tapi kalau PKR nak bertanding kat situ jugok, kemenangan akan berpihak kepada UMNO! Ini kerana kajian mendapati pemilih yang mengundi PKR untuk DUN takkan mengundi PKR untuk Parlimen. Bagi pengundi PAS pula, demer lebih tegas. Jika demer mengundi PAS peringkat DUN, demer akan undi PAS peringkat Palimen.

Perangai PKR Pasior Salak/Sungai Manik dan penyokong demer yang berapa kerat tu menghasilkan berita baik buat UMNO!

Ikut suker komer nak percaya ke tidak.

Menyesal dahulu pendapatan
Mengesal kemudian takde gunanyer.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.