Bagaimanapun, Naib Ketua che Johan Che Pa tidak dapat mengesahkan individu itu timbalan pengerusi SPR.
PETALING
JAYA: Umno Pasir Mas mengesahkan ada ahlinya yang bernama Wan Ahmad Wan
Omar, tetapi tidak dapat mengesahkan ia timbalan pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR).
Bagaimanapun, Naib Ketua Umno bahagian, Che Johan Che Pa berkata, Wan
Ahmad menjadi ahli Umno dalam sebuah cawangan dalam DUN Chetok.
“Saya telah membuat semakan dan mendapati ada individu yang bernama
Wan Ahmad yang menjadi ahli di sebuah cawangan dalam DUN berkenaan.
“Tetapi (saya) tidak tahu individu itu adalah timbalan pengerusi SPR.
Kalau hendak mengesahkan Wan Ahmad itu timbalan pengerusi SPR, kena
beri nombor kad pengenalannya,” katanya ketika dihubungi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa timbalan pengerusi SPR itu merupakan ahli Umno di Pasir Mas.
Beliau juga mendakwa Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga menjadi ahli Umno.
Bagaimanapun, Wan Ahmad dan Abdul Aziz menafikannya.
Menurut Wan Ahmad, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno
dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu
bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor
2374564 di cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.