Desas-desus
Mukhriz akan menjadi calon Utama MB Kedah telah bertiup kencang dan
dari sumber dipercayai beliau telah mengatur strategi untuk bertanding
di DUN Kuah.
Banyak aktiviti dan program telah diatur dikawasan Dun Kuah semenjak akhir ini dan dibantu oleh Tun Mahathir.
Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md
Hanipah bimbang isu calon Menteri Besar daripada Barisan Nasional Kedah
akan menimbulkan pepecahan di kalangan anggota parti. Sambil berharap
persoalan siapa bakal calon Menteri Besar itu ditamatkan, beliau berkata
sudah wujud suasana ketegangan yang tidak perlu akibat daripada
timbulnya isu berkenaan beberapa hari lepas.
“Saya
bimbang sekiranya isu berkenaan terus dimainkan ia akan menimbulkan
perpecahan di kalangan anggota parti. Harus kita ingat UMNO dibina
berdasarkan pasukan iaitu kesepaduan kesemua pemimpin, Kita bergerak
sebagai satu pasukan, bukan secara individu,”.
“Maka
apabila ada pihak tertentu cuba cetus persoalan calon Menteri Besar, ia
boleh menyebabkan rantaian tindakan yang boleh menjejaskan kesepaduan
parti terutama kita sudah hampir pada pilihan raya,” katanya. “Saya amat
berharap isu itu ditamatkan. Ia tidak membantu parti malahan merosakkan
imej parti, parti pembangkang akan berkata tengok BN, belum menang
negeri sudah berebut dikalangan mereka untuk menjadi Menteri Besar,”.
“Saya
ingin nyatakan biar kita menang dahulu, kemudian kita serahkan kepada
Perdana Menteri untuk tentukan calon Menteri Besar dan siapa sahaja yang
dipilih akan disokong semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Kursus Persiapan Pilihan Raya kepada Pengerusi Unit Pilihan
Raya Parlimen Alor Setar di sini, hari ini.
Ahmad
Bashah yang juga Pengerusi BN Kedah berkata, sekiranya BN menang kelak,
semua calon daripada UMNO yang menang pada pillihan raya nanti layak
menjadi Menteri Besar
TERLALU AWAL BERCAKAP SOAL CALON MB
Ahli
Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata terlalu awal untuk
berbincang siapa calon Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional
menguasai Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Beliau
berkata cerita-cerita menyebut beliau adalah calon Menteri Besar Kedah
juga berupa satu khabar angin semata-mata. "Ia berupa spekulasi
semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya
boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.
Mukhriz berkata beliau bersedia bertanding di mana-mana kerusi.
"Saya
tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)... dari segi persediaan, saya
sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan.
"Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding
kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka
kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak
bermasalah.
Media
memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai
merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau
popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun. Bagaimanapun,
Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukan menjadi
kriteria utama untuk dipilih sebagai calon. Katanya, pengundi muda
inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu
menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar
bandar.
Bagaimanapun,
katanya pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah
dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan lebih
banyak masalah.
UMNO KEDAH UMNO RECYCLE- Pandangan Ahli Biasa UMNO
UMNO
KEDAH MERUPAKAN PARTI UMNO YANG TIDAK MEMPUNYAI MUKA-MUKA BARU UNTUK
DIKETENGAHKAN DALAM PRU 13. Ini kerana sudah menjadi budaya UMNO Kedah
supaya pemimpin pelapis baru tidak mempunyai tempat di dalam UMNO
Negeri.
Ini
terbukti bila UMNO KEDAH dan UMNO Bahagian mencalunkan semua muka-muka
"RECYCLE" yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU 12. Muka-muka recycle
ini tidak tahu malu dan masih lagi ingin menjadi calun sedangkan
PILIHANRAYA sekarang bukan seperti pilihanraya dulu. Kalau letak monyet,
monyet akan menang asalkan guna logo BN.
Tetapi
kini rakyat sudah celik dan bukan senang untuk menang sekadar guna logo
BN. Logo BN pula kini ibarat logo yang tidak disukai rakyat kerana
dikaitkan dengan Barang Naik.
UMNO
Kedah pula asyik suka sangat kepada pemimpin yang sudak ditolak rakyat
namun masih lagi ingin berkuasa di negeri kedah. Almaklumlah itulah
budaya UMNO ... UMNO untuk TUO-TUO saja. Budak dan remaja cari parti
lain.
Bila
ramai remaja mula menjadi Pemimpin di DUN dan Parlimen kerana sikap
Parti Keadilan, DAP dan PAS membuktikan bahawa PAKATAN RAKYAT adalah
parti yang lebih sesuai untuk remaja.
UMNO
cuma adalah sebuah parti yang lebih suka bagi RM 50 sekali sekala untuk
menjadi PENCACAI dan PELAWAK. Bayangkan setiausaha Politik Pemimpin
Pakatan ramai yang berkelulusan Diploma dan Ijazah. Tetapi di dalam
UMNO, lebih-lebih lagi UMNO Kedah, kebanyakkan mereka cuma kelulusan
SRP, LCE dan SPM. ~kedahkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.