Tuesday, May 22, 2012

Saya Masih Setia Pada UMNO Zamhuri Pohon Maaf


[Video-PANAS] Ingat Pemimpin UMNO Perak Mengamuk: Hidup DAP, Alllahuakbar...Lepas Itu MENANGIS Pohon Kemaafan daripada UMNO




DCM tidak komen lebih-lebih pun apabila Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meroyan kerana menghadapi masalah dengan projek pasirnya. 

Dek kerana marah, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan amoi dari Thai.

Dek kerana marah juga, malaon ini mengeluarkan kenyataan untuk keluar UMNO dan sanggup bertempik "Hidup DAP", "Allahuakbar". Dia juga menegaskan kerajaan BN sedia ada di Perak harus ditukar.

Apa yang berlaku selepas kejadian amukan itu?

Akhirnya si malaon ini menangis teresak-esak memohon maaf daripada UMNO kerana meroyan tanpa kawalan. Dia bertaubat kerana telah berdosa kepada UMNO. Sama ada malaon ini dipujuk secara lembut atau secara keras, bukanlah persoalan.

Cuma yang saya kesal, DS Nizar telah "diperdaya" oleh lakonan projek pasir malaon ini. Agak mengecewakan apabila DS Nizar datang dari jauh untuk memberikan sokongan kepada malaon ini. 

Oleh itu, beberapa kejadian termasuk peristiwa ADUN dan AP yang melompat memberikan pengajaran kepada pemimpin PR agar berhati-hati menerima atau menyokong pemimpin BN yang terdesak atau terpinggir. 

Hal ini demikian kerana pada bila-bila masa orang ini akan kembali melutut kepada parti mereka dan sanggup menjilat ludah sendiri. 


-Duniacacamarba-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.