Monday, May 7, 2012

Patutlah sukan di Malaysia merosot memanjang!


Sehingga ke takat ini nampaknya kalah suami. Baru berkedudukan sebagai isteri, semua bidang menjadi tokoh! Tokoh itu, tokoh ini, anugerah itu, anugerah ini tapi kedudukan Malaysia dalam ranking antarabangsa dalam pelbagai bidang macam itu juga, lebih merosot, ada!

Pelik sungguh, sapalah yang menilai sampai tergamak memberi tokoh tu?


Rosmah terima Anugerah Tokoh Industri Sukan

KUALA LUMPUR — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara malam tadi.

Anugerah yang julung kali diperkenalkan itu disampaikan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dengan disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pada satu majlis makan malam di Menara Kuala Lumpur di sini. 

Rosmah, yang juga penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), merasmikan majlis tersebut.


Sumber:

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.