PANAS! Ahmad Shabery Dan Kementerian Jangan Lepas Tangan
Naib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara
perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia
pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.
Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah
dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin
melibatkan unsur kecuaian jenayah.
Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya
meletakkan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang
menjadi litar perlumbaan.
Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak
sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu,
katanya.
"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.
"Kita perlu mengambil tindakan serius... Mangsa perlu menerima keadilan
terhadap kes ini kerana secara terang, hanya pasu bunga menjadi
penghadang antara penonton dan litar.
"Ini memang salah...PKR bersedia untuk memberi bantuan guaman kepada
sesiapa yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas melawat
individu berkenaan di Hospital Putrajaya hari ini.
Seorang lagi naib presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar berkata MUSC
Motorsport perlu bertanggungjawab kerana insiden tersebut melibatkan
nyawa dan keselamatan orang awam yang hadir untuk menonton perlumbaan
jalan raya itu
"Kejadian ini amat serius kerana ramai orang yang cedera sehingga ada
yang dimasukkan ke dalam ICU. Perkara ini menjadi pengajaran buat kita,
dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu
diutamakan.
Bercakap ketika ditemui selepas melawat dua mangsa berkenaan, Nurul
Izzah berkata insiden tersebut merupakan satu peringatan yang baik
kepada kerajaan untuk lebih menitikberatkan keselamatan orang ramai.
"Isu keselamatan kita tak boleh kompromi. Dan saya hadir hari ini untuk
nyatakan sokongan dan sebagai penegasan terhadap insiden ini," katanya.
Sementara itu, seorang saksi yang mengalami kecederaan akibat dirempuh
sebuah kereta lumba ketika sambutan Hari Himpunan Jutaan Belia 2012
berkata, penganjur hanya menggunakan pokok bunga sebagai pemisah di
antara para penonton dan kawasan litar perlumbaan.
Saksi berkenaan, Mohd Aidiel Aiezadi berkata beliau melihat pokok bunga
tersebut diletakkan sepanjang tepi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19
yang menjadi litar perlumbaan drag pada Sabtu.
"Saya tengok, pasu-pasu bunga saja yang digunakan untuk hadang daripada
penonton. Selalu orang guna tayar (di perlumbaan jalan raya lain),"
katanya ketika ditemui di lobi Hospital Putrajaya.
Beliau yang mengalami kecederaan di kakinya akibat kemalangan itu berkata kejadian berlaku dengan cepat.
Katanya lagi, penganjur juga tidak memberikan sebarang arahan kepada
penonton supaya menjarakkan diri daripada litar tersebut, sebelum
perlumbaan dimulakan pada kira-kira jam 11.30 malam.
"Apabila sudah kecoh, lepas kemalangan baru penganjur kata jangan dekat
dan kemudian (penganjur) tutup kereta (yang terlibat dalam kemalangan)
pakai kanvas.
"Tapi sebelum itu tak ada arahan," katanya ketika ditanya.
Beliau hadir ke hospital bersama rakan yang berkerusi roda, Mohd Aidil Azman, 19.
Mohd Aidil yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut berkata beliau
dirawat kerana terdapat darah beku di lutut kanan dan terseliuh akibat
insiden berkenaan.
Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada malam tersebut, Mohd
Aidil (kiri) berkata, beliau bersama Mohd Aidiel dan beberapa rakan lain
berada di bahagian hadapan untuk menonton perlumbaan.
"Saya tengah berdiri dekat tepi litar. Saya di barisan hadapan. Saya
tengok kereta itu ke tepi... Tapi tahu-tahu dah alih ke arah kami.
"Saya rasa saya sempat alih kaki kiri ke belakang saja, selepas itu dah kena dah (dilanggar)," katanya lagi.
Turut hadir melawat individu berkenaan hari ini ialah Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah Anwar yang menggesa penganjur berkenaan supaya
bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.
"Perkara ini menjadi pengajaran buat kita, dalam apa-apa acara yang dilakukan keselamatan orang awam perlu diutamakan.
Seramai 17 orang tercedera semasa menyaksikan perlumbaan kereta drag
itu. Dua daripadanya dirawat di ICU kerana dipercayai mengalami
kecederaan dalaman yang serius.
Mangsa yang menerima rawatan di wad ICU ialah Muhammad Iskandar Rasiq
Shaari, 19 dari Gemenceh dan Muhammad Fairuz Jalaludin, 26, dari Rembau,
Negeri Sembilan.
Seorang lagi mangsa dari Bahau, Negeri Sembilan, Ami Nakim, 27, kini berada di dalam dewan pembedahan.
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.