Wednesday, May 30, 2012

PANAS! Misteri Kehilangan RM30 Bilion Bank Negara Malaysia Bakal Terbongkar!

 

Penang Institute akan menganjurkan Forum mengenai misteri kehilangan RM30 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1992 yang dikaitkan dengan spekulasi tukaran matawang pula pada 2 Jun depan bermula jam 2.30 petang di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Inisiatif itu selepas kejayaan menganjurkan forum ilmiah mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berjumlah RM12.6 bilion baru-baru ini yang turut diadakan di bandar pintar tersebut.
 
Zairil Khir Johari selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institusi itu berkata, skandal forex atau tukaran mata wang asing yang pernah meledak lanskap politik tanah air sejak dekad 1990-an tersebut wajar dinilai semula secara wacana memandangkan tiada satu penjelasan atau langkah penguatkuasaan diambil oleh pihak berwajib sebelum ini.

"(Lebih) 20 tahun berlalu tanpa penjelasan, akauntabiliti dan tidak ada tindakan yang diambil ke atas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dari kontroversi spekulator mata wang sehingga lah spekulasi tukaran matawang ini.

"Kerajaan (pusat) bertindak balas (terhadap desakan pihak pembangkang) dengan menolak skandal itu sebagai 'kerugian atas kertas' semata-mata yang datang daripada 'keuntungan yang dibuat dalam urusan tukaran mata wang asing pada tahun-tahun sebelumnya'.

"Kerajaan (pusat) masih kekal senyap dan panggilan untuk sebuah suruhanjaya diraja siasatan tidak diendahkan langsung," ujarnya kepada PenangInsight.com.

Justeru katanya, wacana pada hari berkenaan menumpu pada tajuk:
Skandal Tukaran Matawang Bank Negara: Apabila Kerajaan Menjadi Spekulator akan cuba mencungkil kebenaran, mendidik orang ramai serta mengetengahkan keperluan integriti, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) terutamanya yang membabitkan wang awam.

Forum kontroversi itu akan menampilkan bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebagai panelis utama.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut dijadualkan berkongsi pendapat dalam forum ilmiah tersebut.

Zairil berkata, pihaknya turut menjemput Nor Mohamed Yakcop sebagai panel memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dikatakan memainkan peranan penting di sebalik pentadbiran Bank Negara semasa didedah terbabit dalam aktiviti forex sebelum ini.
 
"Adalah diharapkan bahawa dia akan menerima tawaran dalam semangat demokrasi," ujar beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Wacana awam secara konsistan anjuran Penang Institute dengan galakan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka akan menyemarakkan lagi budaya integriti dalam kalangan rakyat di negeri berkenaan.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.