Friday, May 4, 2012

Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12?

 
Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah
Berikut ialah kisah silam - BERSIH 1.0 - kita ziarahinya kembali - mengenang detik-detik yang ada persamaannya dengan peristiwa BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0

BERSIH 1 berlansung 10 November 2007 yang pada masa itu PM Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Perhimpunan yang 50,000 dikatakan oleh media massa pro-kerajaan cuma 4,000 orang.

Pak Lah yang begitu sombong dan angkuh ketika iaitu tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen.

Tak cukup sekadar itu, akhirya Pak Lah ditendang oleh UMNO sendiri dari kerusi PM sebelum cukup dua penggal memegang jawatan tersebut.

Pengerusi SPR ketika, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman akhirnya dibersarakan dengan seluruh rakyat negara ini memandang hina kepadanya. Dan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan akhirnya melambaikan tangan kepada PDRM dengan tanpa siapa lagi memperdulikannya. Samalah juga kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar waktu itu, lansung tercicir dari kabinet pada 2009.

Kini apakah hal yang serupa bakal berlaku untuk BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0?

Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia berlaku.

Marilah kita menjenguk hasil tulisan GB di "Muzium Bersih 1.0"



PM Terbangun Dari Tidur Setelah Bermimpi Gelombang Kuning Mencerut Lehernya


Seperti terjaga dari buaian mimpi gelombang kuning, lalu terjaga dari tidurnya yang panjang tiba-tiba Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menempelak BERSIH kerana masih terus ingin mengadakan perhimpunan aman 10 November. Tiba-tiba Pak Lah dengan mata terbeliaknya menjerit .... "saya pantang dicabar"...


Perhimpunan aman esok bertujuan untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apakah Pak Lah tidak dapat membaca mesej tersebut, bahawa rakyat sebenarnya kini mempesoalkan kepimpinannya yang selama ini memperkudakan Suruhanjaya Pilihanraya, polis dan institusi kehakiman untuk terus berkuasa?


Memang rakyat kini tertekan dan terhimpit hidupnya di regim Pak Lah ini. Telah beberapa kali kita nyatakan dengan nyaring bahawa beliau seorang pemimpin lemah dan tidak berkuasa kerana yang berkuasa kini ialah menantunya, yang berkuasa ialah Peguam Negaranya, yang berkuasa ialah Pengerusi SPR, yang berkuasa ialah Ketua Polis Negara dan yan berkuaa kini ialah Shafie Apdal yang membela lebih banyak kepentingan korporat dari pengguna.


Pak Lah juga meramalkan kononnya sesuatu yang buruk akan berlaku esok.


Dan kami mendapat maklumat terbaru bahawa PEKIDA, sebuah pertubuhan samseng Melayu yang Pak Lah menjadi Penaungnya telah menyebarkan risalah-risalah di masjid-masjid sekitar Lembah Kelang yang berusaha untuk menggagal perhimpunan 100,000 orang esok.


Apakah ini petanda bahawa PEKIDA di sekitar Lembah Klang akan turun beramai-ramai dengan memakai baju BERSIH untuk bersama Himpunan100 ribu rakyat. Tujuan mereka adalah khusus untuk melakukan provokasi dan rusuhan bagi memastikan Pihak Polis dapat bertindak balas kepada perhimpunan ini.


Mungkin itulah itu petanda buruk yang ada esok dan Pak Lah orang yang akan diheret untuk bertanggungjawab membenarkan pertubuhan yang beliau sebagai Penaungnya melakukan kerja-kerja samseng yang umum telah mengetahui PEKIDA sememangnya sebuah pertubuhan samseng di negara ini.


Setiap kali rakyat menuntut supaya sistem pemerintahan yang dipimpin oleh Pak Lah diperbaiki, tidak pernah sekalipun Pak Lah mendengar serta memperdulikannya. Sewaktu rakyat Johor berhempas pulas menyelamatkan diri akibat ditimpa bencana banjir Pak Lah bersenang lenang berperahu layar bersama Datuk Seri Jean Todt serta merasmikan Puteri Nasi Kandar di Australia!


Seorang sahabat mengukirkan dengan indah : betapa ironisnya, di tengah banyaknya orang-orang Melayu yang kelaparan (seperti yang siarkan setiap minggu rancangan “Bersama mu” di Tv3) Orang Melayu menyaksikan banyaknya pemimpin Melayu dari UMNO yang berstatus Menteri dan Menteri Besar menghamburkan kekayaan dan tidak menggunakan pada jalan yang tepat bagi membantu Melayu sebaliknya untuk kekayaan anak, menantu dan adik beradik, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan Kerajaan sekarang seperti harta emak bapak dia dan wajarlah dipanggil kerajaan hari ini “Kerajaan Tiga Beranak”


Dunia mengetahui bahawa Pak Lah kini memperolehi gaji sekurang-kurangnya RM56,ooo sebulan dengan tanpa susah payah menjalankan kerja kementerian-kementerian yang disandangnya disamping jawatan Perdana Menteri. Jadi Pak Lah tidak lansung tergugat dengan sebarang kenaikan harga minyak, tol, barang-barang keperluan yang menjrut rakyat marhaen.


Kaganasan Polis sudah tidak terbendung, negara Malaysia umpama menjadi sebuah negara Polis. Polis bertindak sesuka hati dengan meletakkan undang-undang ditangan mereka tanpa mereka menyedari bahawa mereka sendiri perlu mamatuhi undang-undang.


Sistem kehakiman menjadi sistem katun di negara ini apabila tedapatnya hakim-hakim yang rasuah dan gila pangkat membelakangkan keadilan dan kesaksamaan, melepaskan penjenayah, perasuah dan menghukum pula orang yang tidak bersalah.


Perasuah-perasuah negara dilepaskan bebas oleh Peguam Negara dan ada wakil rakyat yang mampu membina sebuah istana di Kelang. Seorang Menteri Besar BN yang gila kuasa dan tamak dunia sanggup merobohkan perkampungan Melayu serta meruntuhkan surau dan kuil.


Dan Pak Lah masih tidur lena....


Mengapa sekang baru kata "pantang dicabar"?


Apakah Pak Lah merasakan perhimpunan 100,000 orang itu bakal memberi bekas kepada rakyat yang akan memberikan impak negatif kepada kerajaan UMNO/BN di dalam PRU yang akan datang?


Kami telah lama mencabar, itu menantumu yang bernama Khairi Jamaluddin, seorang samseng jalanan yang terang-terang mengakui mendapat perlindungan kerana berbapa mertuakan seorang perdana Menteri. Dan kini kamu mendengar lagi bisikan menantumu untuk bertindak ke atas BERSIH yang menganjurkan perhimpunan esok.


Siapa yang mahu mendengar cabaranmu itu Pak Lah?


Kamu telah terlewat.


Rakyat telah membuat keputusannya, bahawa esok tidak ada siapa lagi yang boleh menghalang kami rakyat terbanyak untuk turun beramai-ramai membawa satu mesej yang jelas kepada dunia supaya sistem demokrasi di negara ini diperbetulkan.


Meminjam bait puisi seorang sasterawan negara, Allahyarham Usman Awang yang dipetik oleh seorang sahabat Roslan SMS


Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.


- Greenboc [9/11/2007]
Gelombang Kuning - itulah namanya. 10 November 2007 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagalkan perhimpunan keramat ini.

Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.

Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke perkarangan istana diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

- Greenboc [10/11/2007]
Aneh! BERNAMA kata hanya 4 ribu sahaja....

Memang telah menjadi dasar berita BERNAMA selama ini, untuk membelitkan apa juga laporan yang tidak menyenangkan kerajaan BN/UMNO.

Di dalam berita yang diterbitkan oleh BERNAMA dan disiarkan oleh MSTAR dikatakan:

"Bagaimanapun, hanya beberapa ribu orang sahaja menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) itu yang sebelum ini merancang menghimpunkan seramai 100,000 orang."

Di dalam satu berita lain pula BERNAMA menyatakan:Sekitar 4,000 orang telah berhimpun secara haram di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek hari ini dan polis telah menahan 245 orang.

Bukankah itu melucukan sedang dunia menyaksikan puluhan ribu manusia (laporan AFP meyatakan 30 ribu sementara BERSIH Malaysiakini dan lain-lain pertubuhan menyatakan 40 ribu) yang berhimpun di perkarangan Istana Negara, belum lagi dicampur yang masih dalam perjalanan dari tempat berhimpun masing-masing?

Jika di Dataran Merdeka sememangnya kosong, bukan kata 4 ribu, seorang pun tidak ada, tempat yang sepatutnya Perhimpunan Aman itu diadakan. Tetapi malang, peserta perhimpunan dihalang dari memasuki kawasan Dataran merdeka, justeru itu peserta 100,000 orang itu terpaksa berpecah di empat tempat yang berlainan iaitu Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Jika tidak kerana kawalan ketat polis di ibu negara sudah tentu lebih ramai wargakota dan rakyat Malaysia amnya menyertai perhimpunan hari ini...

-Greenboc [10/11/2007]
PRU 2008 : Fakta-fakta Menarik

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Menariknya, jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif yang lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi di di negara ini.

Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

Majoriti undi terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon terramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat
Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

Menteri
S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri
Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen
Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya..

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

Pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang
, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak. - Greenboc [11/03/2008]


Dengan meninjau arkib tersebut, maka tidak mustahil sejarah PRU12 akan berulang lagi pada PRU13.

Mungkin lebih banyak negeri yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, dan tidak mustahil, Najib dan konco-konconya akan menerima nasib seperti Pak Lah atau akan dinobatkan Ketua Pembangkang pertama dari UMNO di Parlimen nanti! 



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.