Monday, May 7, 2012

Dakwa Mahathir Atas Tuduhan Menghasut!!

Semenjak pencen dari jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir dilihat banyak berehat dan rakyat sudah mula tidak ambil peduli dengan kehidupan beliau walaupun masih aktif dalam beberapa NGO yang beliau menjadi 'mastermind' nya.

Sejak akhir-akhir ini kelibat beliau dilihat semakin menyerlah dan kuat berbunyi untuk memberitahu dunia bahawa beliau masih ujud.

Apa yang membuatkan beliau semakin seakan kuat meroyan sekarang?

Beliau cukup faham bahawa selepas Abdullah Badawi, harapan beliau kepada Najib Altantuya dilihat semakin luntur di sebabkan pelbagai skandal yang tidak dapat selesai.

Beliau sedar peluang anak beliau untuk menyambung legasi 'kuku besi' beliau mungkin tidak akan tercapai.

Beliau sedar manusia yang tinggal di dalam Umno-APCO hanyalah saki baki yang amat mudah untuk diperbodohkan jika dapat mengekalkan kuasa pada PRU 13 akan datang.

Beliau sedar sentimen melayu amat sensitif tentang salah laku seks, tidak seperti kes Chua Soi Lek dan pemimpin BN yang lain bahawa seks adalah sumber hiburan wajib maka serangan beliau ke atas Anwar dan terbaru ke atas Azmin masih tidak dipercayai rakyat.

Beliau adalah manusia yang paling gerun dan ketakutan jika PR berjaya mengambilalih Putrajaya pada PRU13 nanti.

Beliau masih mengamalkan fitnah yang sama ke atas Anwar sehingga kini yang masih tidak dapat beliau tewaskan.

Saya yakin nafsu busuk hati perut beliau tidak akan berubah walaupun nyawa nya menghampiri mati.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.