BERSIH 3.0: Wanita usia 71 tahun dakwa ditumbuk polis pada muka
Aunty Ah Mei,
seorang makcik berusia 71 tahun mengadu bahawa dirinya ditumbuk oleh
polis pada bahagian mukanya, dan lengan tangannya tercedera dipulas,
malah diheret secara kasar ke dalam kereta. Seorang lagi tahanan pula
mendakwa bahawa jumlah tahanan yang dibawa ke Pusat Latihan Polis
(PULAPOL) mencecah kira-kira 700 orang, dan bukannya 300 lebih
sebagaimana yang diumumkan polis.
Dua orang tahanan, Aunty Ah Mei dan Liu Yang menghadiri sidang media yang diadakan ahli parlimen Cheras, Tan Kok Wai di stesen LRT Masjid Jamek. Turut hadir bersama termasuk Teresa Kok, Tan Seng Giaw, Lim Lip Eng, Lau Weng San dan lain-lain. Bilangan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 mencapai kemuncaknya di Jalan Tun Perak, semalam.
Aunty Ah Mei mengadu bahawa polis mengheret bajunya, kemudian beliau ditumbuk seorang polis perempuan pada mukanya, di bahagian tengah-tengah antara hidung dengan mulut. Ah Mei bimbang giginya gugur ditumbuk, lantas dengan marahnya menendang polis perempuan itu. Pegawai polis dalam kereta polis pula menghalang polis wanita itu untuk terus memukul tahanan, barulah Aunty Ah Mei terselamat daripada dicederakan selanjutnya.
Aunty Ah Mei (gambar kanan) berasal dari Kuantan, pernah menarik perhatian media apabila berpuasa selama lima hari setelah doanya agar Anwar Ibrahim dibebaskan pada 9 Januari 2012 termakbul. Aunty Ah Mei berjalan dari Jalan Raja Laut ke Jalan Tun Perak semalam, dua kali beliau nampak polis mengejar dan memukul peserta demonstrasi. "Setengah mampus dibantai, sangat sedih saya lihatnya."
Aunty Ah Mei menangis di situ sebaik sahaja melihat buat kali pertama melihat polis memukul tiga orang. Beliau bertutur dalam kantonis, menyifatkan polis sebagai "tidak berperikemanusiaan", kerana ramai antara yang dibelasah adalah anak muda yang kurus tubuh badannya.
Ah Mei menyaksikan sendiri bagaimana kira-kira 10 orang polis mengepung, menumbuk dan menerajang peserta perhimpunan. Beliau mendapati polis menyasarkan bahagian kepala peserta, dan mengheret peserta ke kereta polis selepas memukulnya.
Ketika dirinya ditahan, beliau melihat ramai pemuda yang luka pada bahagian kepala sehingga berdarah. Ah Mei mendakwa dirinya mampu mengecam wajah polis yang memukul dirinya dan orang lain, menawarkan dirinya untuk mengecam muka polis seandainya polis mahu menyiasat.
Selain itu, Liu Yang (gambar kiri), 55, tahanan pertama yang dibawa ke Royal Selangor Club untuk ditahan sementara, melihat kebanyakan tahanan dipukul sehingga bahagian kepalanya berdarah. Malah, setelah ditahan, polis masih meneruskan serangan dengan menumbuk dan menendang tahanan.
Liu Yang berkata salah seorang tahanan cedera parah pada bahagian kepala, hanya dibalut dengan kain baju. Tahanan tersebut separuh pengsan keadaannya. Liu Yang meminta agar polis mendapatkan rawatan perubatan untuk tahanan tersebut, namun tidak dipedulikan. Selepas dua jam, seluruh tubuh tahanan tersebut dibasahi darah.
*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.