Thursday, April 26, 2012

Zambry Semakin Tertekan ??

 Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya perdana menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.

Beliau berkata dalam ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan pada Isnin lepas, Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka. 

Malaysiakini :

 Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tuduhan ketua pembangkang negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya perdana menteri mengadakan perjumpaan dengan pemimpin serta pengawai kanan tentera berhubung pilihan raya sebagai melampau, keterlaluan dan bersifat hasutan.
  
Beliau berkata dalam ceramah di Taman Desa Pakatan, Pengkalan pada Isnin lepas, Mohammad Nizar menggambarkan seolah-olah Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta pemimpin tentera melakukan sesuatu berhubung pilihan raya sehingga tercetus pertikaman lidah antara mereka.
  
"Dia (Mohammad Nizar) begitu celupar melemparkan tuduhan, dia tidak kisah mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan, dia tidak fikir implikasinya dan dia menggambarkan satu perkara yang menakutkan. Ini keterlaluan dan melampau," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco mingguan kerajaan negeri di Ipoh hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mohammad Nizar bahawa Najib telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dan pegawai kanan angkatan tentera dan didakwa meminta mereka melakukan 'sesuatu' jika BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.
  
Dalam ceramah itu, Mohammad Nizar turut mendakwa pemimpin dan pegawai kanan tentera itu enggan berbuat demikian dan akan tetap bersama-sama rakyat jika BN tewas dalam pilihan raya itu.

Sehubungan itu, Zambry meminta Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa menyiasat dan meneliti perkara itu kerana Mohammad Nizar telah membuat tuduhan yang berat terhadap perdana menteri.


"Dia menggambarkan seolah-olah berlaku pertikaman lidah antara perdana menteri dengan ketua-ketua dalam angkatan tentera. Ini satu perkara yang serius, kita tidak boleh keluarkan kenyataan seperti ini jika tidak ada faktanya," katanya.

  
Menurutnya, Mohammad Nizar tidak berasa bersalah dengan perbuatan seperti itu asalkan beliau dapat memperdayakan masyarakat serta meraih sokongan politik.
  
"Dia tidak rasa bersalah asalkan dia boleh memperdayakan orang, saya tidak faham watak dia yang sanggup lakukan apa sahaja. Ia serius apabila anda buat tuduhan BN cuba membuat "kudeta" jika tidak menang, ini kenyataan yang melampau," katanya.

-
Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.