Mahkamah
Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada
kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.
Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.
Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.
BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.
~malaysiakini
Addin :
http://addin77.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.