Najib
telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak
daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat
kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini.
Sejak
9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan
kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah
direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada
Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk
mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat
telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya ‘dibeli’ oleh
Najib.
Perbuatan
yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah
dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh
menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini.
Rakyat
Malaysia, khususnya rakyat Perak sangat marah terhadap Najib, Zambry
dan Adun-Adun ‘katak’ yang tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh
rakyat Perak melalui pilihanraya. Mereka ini telah menderhaka kepada
rakyat untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini tidak menghormati
Perlembagaan Persekutuan, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan
Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak. Perbuatan mereka ini juga
telah meruntuhkan kemurniaan sistem demokrasi di negara kita.
Najib
menyangka ‘rakyat Perak mudah lupa’. Oleh yang demikian beliau berani
merampas kerajaan Perak dengan menggunakan kekerasan polis dan
memanupulasikan mahkamah. Tetapi, rakyat Perak tidak melupakan perisiwa
hitam yang berlaku pada awal tahun 2009. Segala apa yang berlaku masih
jernih dalam ingatan seluruh warga Perak.
Pakatan
Rakyat yang memerintah negeri Perak selama 11 bulan dengan cekap dan
berkesan ditumbangkan kerana ketamakan kuasa pemimpin-pemimpin Barisan
Nasional. Rakyat Perak kecewa kerana Pakatan Rakyat tidak diberi masa
yang secukupnya untuk memerintah negeri dan membuktikan kewibawaannya.
Sebelum
Pakatan Rakyat melaksanakan polisi-polisi yang dirancang untuk rakyat
Perak, Barisan Nasional telah menggulingkan kerajaan itu dengan cara
yang terkutuk.
Rakyat
Perak mahu melihat satu perubahan dalam pentadbiran negeri ini. Mereka
telah menolak kerajaan Barisan Nasional dalam PRU12, tetapi mereka
kembali berkuasa melalui ‘pintu belakang’. Rakyat Perak bersedia untuk
‘ajar’ Barisan Nasional dalam PRU13. Mereka sedang menunggu hari
mengundi untuk mengembalikan kuasa rakyat.
Najib
dan kuncu-kuncunya sedar bahawa mereka telah hilang kepercayaan rakyat
Perak. Najib tahu Barisan Nasional akan tumbang semula di negeri Perak.
Kali ini Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi kerana
tindakan zalimnya merampas satu kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara
demokrasi.
Oleh
kerana Najib takut akan kalah besar, beliau terpaksa ‘turun padang’
banyak kali di negeri Perak. Beliau melancarkan pelbagai program,
mengadakan banyak jamuan makan dan memberi wang ringgit untuk mengambil
hati rakyat Perak.
Najib
terdesak dan terpaksa memberi tumpuan melampau di negeri Perak kerana
beliau sedar tentang kesilapan yang telah dilakukan olehnya. Dalam ‘road
show’ Najib, Perak merupakan negeri yang paling kerap beliau turun
padang untuk bertemu dengan rakyat. Ini membuktikan bahawa Najib kini
takut kepada rakyat Perak yang sedang menanti untuk menghukumnya dalam
PRU13.
Kerajaan
telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu
kepada rakyat melalui lawatan rasmi Najib dan timbalannya, Muhyiddin
Yassin ke seluruh negara baru-baru ini.
Jumlah
ini merupakan "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga
15 Mac yang telah diserahkan semasa lawatan mereka berdua ke semua
negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38
juta untuk 34 projek. Lebih daripada 1/3 jumlah peruntukan segera itu
telah ditaburkan di negeri Perak.
Jelas
bahwa Najib takut akan kalah teruk di negeri Perak dalam PRU13. Beliau
tidak perlu berbelanja besar di Perak jika Barisan Nasional benar-benar
mempunyai keyakinan dan mempunyai peluang yang cerah untuk menang. Dulu
Najib beli ‘katak’ di Perak, sekarang dengan konsep unggulnya ‘I help
you, You help me’ beliau sedang bermati-matian untuk membeli rakyat
Perak itu sendiri.
Sumber : Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.