Bagaimana SPR Menipu di Perak? MSK Dedahkan Modus Operandi SPR Untuk Pertahan BN!!
Dalam PRU 1999, orang Melayu lari meninggalkan Umno dan BN kerana kes Anwar. Terengganu terlepas ketangan PAS manakala Kelantan terus kukuh. Di Kedah, majoriti 2/3 dapat dihapuskan…tapi UBN masih dapat mengekalkan Putrajaya kerana undi orang Cina dan India. Cina, India dan SPR menjadi talian hayat kepada Umno.
Selepas 1999, Umno tak percaya
kat Melayu. Melayu tak boleh diharap…dan untuk mengekalkan kuasa, maka
UBN menggunakan SPR untuk mengubah sempadan pilihanraya. Sempadan
pilihanraya dimanipulasi dengan memastikan dalam setiap kawasan Parlimen
atau DUN, mesti ada peratus-peratus tertentu undi Cina dan India.
PRU 2004..Umno dan BN menang
besar. Tapi masa tu mungkin kerana faktor Pak Lah. Lagi pun Mahathir
yang dibenci oleh orang Melayu dah berundur.
Nasib Pak Lah tak baik sebab
isteri tersayang meninggal dunia..dan bila dapat bini baru..selalu la
kerja overtime. Akibatnya, Pak Lah selalu tertidur dalam waktu kerja.
Bila tiba PRU 2008, keadaan
menjadi terbalik. Orang Cina dan India yang dianggap fixed-deposit bagi
BN sudah berubah angin. Akibatnya, BN kehilangan lima negeri. Satu
negeri berjaya dirampas balik dengan tipu helah.
Tapi sekarang tak sama macam
1999. Lepas tahun 1999, Bn masih boleh mengubah sempadan pilihanraya dan
menambah kerusi kerana depa masih lagi menguasai 2/3 Parlimen. Sekarang
tak boleh! Undi Cina dan India pun sudah tidak boleh diharap.
Hanya satu talian hayat yang tinggal yang boleh digunakan oleh Umno dan BN iaitu SPR.
Selepas PRU 2008, SPr duduk
termenung memikirkan apa nak buat untuk memastikan UBN terus berkuasa.
Sapa yang fikir SPR adalah badan bebas untuk mengendalikan
pilihanraya…mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang bangang.
SPR diwujudkan untuk memastikan BN terus berkuasa.
Nak tambah kerusi tak boleh. Nak
ubah sempadan tak boleh. Tapi ada satu perkara yang boleh dibuat oleh
SPR iaitu “Belah bahagi kawasan”.
Benda ini dibuat sejak Jun 2009.
Kalau dulu pengundi dipindahkan..sekarang lokaliti dipindahkan.
Contohnya, kalau dulu lokaliti Taman Anggerik termasuk dalam Parlimen
Kuala Kangsar, sekarang Taman Anggerik sudah berada dalam Parlimen
Padang Rengas.
SPR tak pindah pengundi..tapi
bila lokaliti dipindahkan, maka secara otomatik pengundi-pengundi
“terpindah”. oleh kerana lokaliti yang dipindahkan, maka pertambahan dan
pengurangan pengundi tidak dimaklumkan dalam Daftar Pemilih Tambahan.
Akibatnya, ramai la orang parti yang tak tau. Tup-tup..bila ada
Pilihanraya Kecil..baru terpinga-pinga, “macam mana 14,000 pengundi
sudah dipindahkan?”. Masa tu tak payah cakap dah..sebab bila tiba
pilihanraya, apa yang SPR cakap adalah wahyu. Tak boleh dipertikaikan.
Nak bising…bawa ke mahkamah. Tapi nak buat apa? pilihanraya dah habih.
Sapa yang nak pantau apa yang
SPR buat? Nak harap parti-parti politik..aku tak harap. Dulu Khalid
Ibrahim pernah mengumumkan peruntukan sejuta ringgit untuk memantau SPR.
apa yang dibuat dengan duit tu aku tak tau la…tapi bila nama Khalid
Ibrahim sendiri kena pindah..baru ada akai!!
SPR kata, apa yang depa buat
ialah untuk menyelaraskan peta SPR dengan peta rasmi negara. Hei..SPR
boleh bagi macam-macam jawapan. SPR juga kata “…menteri besar Selangor
telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling
Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada
kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.”
Nak terima atau tidak jawapan SPR tu? Kalau tak mau terima..nak buat apa?
Aku boleh terima la jawapan SPR
tu sebab masa SPR buat belah bahagi kawasan dulu pun hangpa buat tak
tau. Aku cakap pun bukan hangpa nak dengaq.
Macam mana dengan kes yang ini pulak? Ini cuma satu contoh.
Dalam PRU 2008, seramai 308
pengundi pos yang terdiri dari anggota polis dari IPD Teluk Intan
mengundi dalam DUN Pasir Bedamar…manakala hanya 4 anggota polis yang
mengundi secara pos dalam DUN Changkat Jong.
Dalam PRU tersebut, DUN Pasir
Bedamar dimenangi oleh DAP dengan majoriti 7914 undi..manakala DUN
Changkat Jong dimenangi oleh PAS dengan majoriti 899 undi.
Kalau hangpa jadi orang Umno..apa yang hangpa nak suruh SPR buat?
DUN Pasir Bedamar tu mampuih pi
la. Susah nak dapat balik. Tapi..daripada membazirkan undi di Pasir
Bedamar..mengapa tidak dipindahkan pengundi yang dah gerenti mengundi BN
ke Changkat Jong? BN hanya perlukan 450 undi baru untuk mengalahkan
PAS!!
Tapi kalau dipindahkan terus
macam tu saja..nanti orang Pas tau pulak!! Jadi kena buat diam-diam. Dan
yang paling selamat dipindahkan ilah undi Pos.
Langkah pertama ialah dengan
menukarkan nombor kad pengenalan polis. Pasai apa ditukar..yang tu
toksah risau..jawapan boleh dicipta.
Pada akhir 2009, nombor-nombor
anggota polis sudah siap ditukar didalam daftar pemilih. Masa tu orang
tak perasan..sebab sapa yang nak check satu persatu?
Masuk tahun 2010, pengundi pos
yang terdiri dari anggota polis IPD Teluk intan ini ditukar ke DUN
Changkat Jong. Tiba-tiba saja DUN Changkat jong mendapat 107 pengundi
pos yang baru. Mai dari mana? Bukan ada balai polis baru!
Check punya check..tengok-tengok
anggota polis kat IPD Teluk Intan ditukarkan dari DUN Pasir Bedamar ke
DUN Changkat Jong. Yang ni SPR nak cakap apa?
Pembacaan seterusnya klik di sini - Terdapat beberapa gambarajah penting untuk rujukan!
Edyes yakin inilah juga modus
operandi yang digunakan oleh SPR untuk merampas semula Terengganu dari
PAS pada 2004, dan juga lebih penting - untuk merampas semula negeri
Selangor dari Pakatan Rakyat.
Antara kesamaan yang jelas
ialah, jumlah pertambahan pengundi baru di DUN yang dimenangi Pakatan
Rakyat adalah jauh lebih tinggi. Tetapi bukan sembrono, pertambahan
pengundi baru yang besar hanya di DUN yang dimenangi oleh PAS dan PKR
sahaja, manakala yang dimenangi DAP tidak dipeduli.
Sebenarnya inilah fenomena yang
berlaku di seluruh negara! Hanya SPR sahaja yang menjadi talian hayat
kepada Umno untuk kekal berkuasa. Perkara ini diakui sendiri oleh bekas
pengerusi SPR dalam satu wancana debat di Kelantan Januari lalu. Tan Sri
Abdul Rashid membuat pengakuan bahawa ada tangan-tangan ghaib yang
mengawal tindak-tanduk SPR sedangkan beliau sudah cuba untuk bertindak
telus ketika menjadi pengerusi SPR.
Saudara dan saudari sekalian, mohon semua khatam wancana debat di bawah dan lihatlah bagaimana teruknya sistem pilihanraya kita dicemari;
Saudara dan saudari sekalian, mohon semua khatam wancana debat di bawah dan lihatlah bagaimana teruknya sistem pilihanraya kita dicemari;
Justeru itu, dengan pendedahan
MSK di Perak dan kecelaruan senarai pengundi di seluruh negara, maka
kita tidak harus berdiam diri membiarkan ibu pertiwi diperkosa
semahunya!! Demokrasi yang dinafikan ini akan dibalas dengan demonstrasi
besar-besaran!!
Kali ini perhimpunan rakyat akan
berlangsung tanpa sebarang rundingan lagi!! Peluang sudah acap kali
diberi, BERSIH1.0 dan BERSIH2.0 adalah protes rakyat untuk membersihkan
sistem pilihanraya. Namun respon pihak kerajaan terutamanya dari aspek
kesungguhan SPR melangsai 8 tuntutan adalah sangat tidak boleh
diharapkan. Maka hadir BERSIH3.0 tanpa syarat dan rundingan!!
TARIKH YANG DISEBUT-SEBUT : 28 APRIL 2012
SARASAN YANG DISEBUT-SEBUT: DATARAN MERDEKA
Demi rakyat!! Demi sayangkan negara!! Kita turun BERSIH 3.0 !!!
EDYES
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.