Sunday, March 25, 2012

SIAPA AKAN LARI TIDAK CUKUP TANAH SELEPAS PRU NANTI? Oleh: WFAUZDIN NS

 

Dulu Ezam berkawan dengan wanita berakhlak, kini....?
ADA seorang betina tua yang mengaku `dara' pernah dibuang oleh ayahnya sendiri dan tidak diakui sebagai darah dagingnya sehingga si ayah meninggal dunia.  Betina ini juga pernah dirujuk sebagai `Wanita Neraka Ketujuh' oleh abangnya sendiri.  Itu mukaddimah kisah seorang betina yang menghabiskan masanya bercakap lucah, mencarut serta menabur fitnah demi mengisi perutnya.

Lupakan kisah betina itu.  Aku mahu merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini di sini.  Umi Hafilda kononnya mahu mengugut DS Anwar Ibrahim dan abangnya Azmin Ali untuk menjaja semua cerita buruk kedua-dua pemimpin PKR tersebut menjelang Pilihanraya Umum nanti.  Kononnya, kedua-dua tokoh itu akan `lari tidak cukup tanah' apabila beliau bersama Tim Sesumpah yang terdiri dari Ezam sesumpah dan Nalla Karupan bakal menggempur DS Anwar dan Azmin.


Soalnya, mengapa mesti menunggu saat Pilihanraya?  Jawapannya mudah.  Ini adalah kerana cerita yang bakal keluar dari mulut-mulut pencacai ini hanyalah modal Pilihanraya sahaja.  Sebelum ini kita boleh lihat, apabila ada sahaja Pilihanraya Kecil, maka timbullah muka pencacai-pencacai ini untuk mencari makan.  Mereka tahu saat Pilihanraya adalah saat paling `murah rezeki' haram yang diperolehi.  Kerja menjadi `Pelacur Politik' bagi mereka lebih bersih dari menjadi pelacur di lorong-lorong gelap, walaupun hasilnya sama iaitu duit haram.

Jika benar telus mahu tegakkan kebenaran, mengapa mesti tunggu saat Pilihanraya?  Mengapa tidak dedahkan dulu dan sekarang?  Mengapa sewaktu Umi Hafilda dipanggil menjadi Saksi sewaktu kes Liwat 1 dahulu beliau tidak tampil dengan semua bukti yang kononnya beliau miliki?  Mengapa mesti tunggu hampir 14 tahun mahu dedahkan?  Dan, peliknya mahu menunggu tarikh Pilihanraya pula?  Ertinya, mereka hanya mahu jadikan fitnah sebagai modal Pilihanraya semata-mata.  Sebab itu, apa yang beliau katakan kononnya ada bukti dan sebagainya itu tidak pernah dibawa ke dalam mahkamah malahan tidak pernah pun dibuat laporan untuk disiasat.

Taktik mereka hanya satu iaitu mereka akan karang cerita fitnah, kemudian dengan bodohnya mencabar DS Anwar atau Azmin menyaman mereka.  Apabila DS Anwar dan Azmin enggan melayan permainan bodoh mereka itu, maka modal besar mereka adalah mendakwa DS Anwar dan Azmin amat takut dengan mereka dan memang benarlah cerita-cerita bodoh mereka itu.  

Kalau aku berada di tempat betina ini, mudah sahaja.  Aku akan bekalkan semua fakta dan bukti yang aku ada tentang DS Anwar dan aku akan serahkan pada Najib.  Sudah tentu Najib mempunyai modal besar apabila DS Anwar mencabarnya berdebat.  Bayangkan jika Najib memiliki semua bahan bukti yang ada pada betina ini dan Najib akan dedahkan sewaktu berdebat dengan DS Anwar nanti.  Ketika itu, aku percaya DS Anwar akan `lari tidak cukup tanah'.  Malangnya betina ini amat bodoh, tidak tahu langsung untuk membodek Najib agar Najib lebih berani berdebat dengan DS Anwar. Sehingga kini, Najib terus menikus tanpa seorang pun yang tampil untuk memberikan `tangkal' untuk menjadikan Najib seorang `jantan sejati'.  

Percayalah, kempen fitnah dan cerita lucah dan seks yang bakal dibawa oleh betina dan kumpulan sesumpah ini bakal dicampakkan oleh rakyat ke muka mereka sendiri.  Apa yang bakal kita lihat nanti, selepas PRU ke 13, InsyaAllah, yang akan `lari tidak cukup tanah' bukan mereka ini sahaja bahkan tuan-tuan mereka juga akan lari kerana mereka tahu sudah berapa banyak perut-perut mereka mentekedarah hak rakyat.  Mereka pasti lari lintang pukang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.