Negeri
Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau". Itulah tema
sebuah negeri Melaka yang agak kontroversi kemajuannya. Adakah mereka
faham apa itu Bandar Teknologi Hijau dengan Bandar Hijau? Jika
diperhatikan di Melaka mengikut sumber dari seorang JKKK yang rapat
dengan aku bahawa Melaka sebenarnya bukan Bandar Teknologi Hijau
sebaliknya Bandar Hijau.
Kata JKKK itu, Melaka tidak layak digelar Bandar Teknologi Hijau memandangkan tiada teknologi yang boleh dibanggakan.
Mengapa
JKKK itu berkata demikian mengenai Bandar Hijau kerana Melaka penuh
dengan tumbuhan hiasan yang menghijau ditepi jalan dan itu yang
dikatakan Bandar Hijau namun itu berlaku hanya di bandar dan tidak
berlaku diluar bandar.
Berbalik
kita kepada gambar yang di emel kepada aku pada tengahari tadi, banyak
lembu terbiar bersepah di tepi jalan. Bagaimana lembu ini boleh
dibiarkan meragut rumput di tepi jalan dan adakah itu ladang fidlot yang
diusahakan oleh Ali Rustam. Lembu terbiar ini boleh membahayakan
pengguna jalan raya kerana dekat dengan tepi jalan seperti dalam
gambarajah di atas.
Adakah
lembu ini pemberian Kak Ijat kepada Abang Ali? Kalau nak tahu cuba
tanya sendiri Ketua Menteri Melaka. Pihak Berkuasa Tempatan juga harus
memainkan peranan supaya lembu yang berkeliaran ini tidak mencacatkan
pemandangan Negeri Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau
ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.