KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berikarar akan
melawan dan mendedahkan segala keburukan serta kemungkaran yang telah
dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
Bercakap dalam sidang media bersama Datuk S. Nallakarupan semalam,
beliau menegaskan tidak langsung gentar sekiranya dicabar atau disaman
oleh Anwar dengan kenyataannya yang mengatakan Anwar mempunyai hubungan
sulit dengan Shamsidar, isteri kepada Timbalan Penasihat PKR, Azmin Ali
yang juga abangnya.
Malah, Ummi Hafilda nekad mahu karier politik Anwar dibungkus dan ditalkinkan termasuklah Azmin sekali.
Bagi Ummi, beliau bukan saja menentang abangnya, tetapi menentang
segala kemungkaran yang dilakukan oleh Azmin yang terlalu taksub tunduk
menyokong Anwar.
“Saya lakukan semua ini kerana ingin membuka mata dan minda
masyarakat siapa sebenarnya si dajal Anwar itu dan si dayus Azmin yang
sanggup membenarkan kemungkaran yang dilakukan Anwar dengan biarkan
Anwar melakukan hubungan seks dengan Shamsidar,” kata Ummi Hafilda.
Selain itu, Ummi Hafilda juga turut mencabar Azmin untuk menyahut cabarannya itu.
“Saya lontarkan cabaran ini kepada Azmin untuk menyahut tindakan
saya. Tapi, saya tahu, dia tidak akan berani kerana saya mempunyai bukti
lengkap mengenai kes ini.
“Saya sendiri mengekori pergerakan Anwar pada tahun dia melakukan
perbuatan terkutuk dengan Shamsidar dan Datuk Nalla sendiri yang menjadi
saksi,” katanya.
Bercakap mengenai bukti yang ada, beliau akan merungkaikan segala bentuk bukti-bukti ketika perbicaraan dijalankan di mahkamah.
Ummi Hafilda turut menyelar tindakan Azmin yang selama ini sanggup
menipu rakyat dengan memperjuangkan kepimpinan yang salah dan tidak
benar.
“Selama ini, Azmin memaksa saya, termasuklah kakak-kakaknya sendiri
untuk menipu dan tidak benarkan kami membuka mulut. Tapi tidak lagi
kini. Saya akan berjuang habis-habisan dan akan disokong oleh
kakak-kakak saya termasuklah ibu kami sendiri,” tegas Ummi Hafilda.
Malah, Ummi Hafilda turut menggelarkan isteri Penasihat PKR, Wan Azizah sebagai wanita hipokrit dan munafik.
“Azizah adalah wanita hipokrit kerana selama ini menyokong
kemungkaran yang dilakukan oleh suaminya sendiri. Dalam pada masa sama,
dia turut memanggil Shamsidar sebagai perempuan jalang dan sundal kerana
dia tahu Shamsidar ada hubungan dengan Anwar. Tetapi, kalau berhadapan,
bersikap munafik dengan berpeluk cium antara satu sama lain,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.