Menjawab soalan sama ada Pakatan Rakyat (PR) bersedia menukar Ketua
Pembangkang, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata,
ya.“Selepas pilihan raya ke-13, kita memang nak Datuk Seri Anwar Ibrahim
digantikan oleh Datuk Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin sebagai Ketua
Pembangkang,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Mustafa berkata petang
tadi, beliau ditanya wartawan daripada media perdana mengenai tindakan
seterusnya yang akan dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya Anwar berjaya
dilucutkan jawatan di parlimen oleh impeachment yang cuba dibawa Datuk S
Nallakaruppan dan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dalam
permainan politik kuning Umno terbaru terhadap Anwar dalam isu
biseksual.
Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.
Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.
“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.
“Contoh Bill Clinton yang digunakan Shafee juga menunjukkan beliau jahil
akan mekanisme pelucutan jawatan di Amerika, yang diguna untuk memecat
anggota Kerajaan Persekutuan seperti Presiden,” katanya.Apabila wartawan tersebut bertanya samada PR bersedia menukar Ketua Pembangkang sekiranya berlaku, Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa memilih untuk menjawab secara sinis soalan nakal beliau dengan menyatakan setuju bahawa Anwar digantikan dengan Najib dan Muhyiddin sebagai Ketua Pembangkang selepas PRU13.
Terdahulunya, Shafee berkata usul yang dikemukakan Nalla akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.
Membalas tindakan Nalla dan Shafee, Naib Presiden PKR, N Surendran berkata pengusulan pelucutan jawatan Anwar sebagai Ketua Pembangkang menandakan kedua-dua mereka jahil undang-undang.
“Tiada peruntukan atau rujukan kes untuk pelucutan jawatan di Dewan Rakyat. Di England, kali terakhir ia dipakai pada 200 tahun dahulu dan kini sudah lapuk. Rasional pelucutan jawatan adalah untuk menjamin kebertanggungjawaban menteri dan eksekutif dalam pentadbiran. Adanya usul undi tidak percaya, jawatankuasa terpilih dan soal jawab tertutup parlimen menjadikan prosedur ini bahan sejarah.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan Anwar atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan. ~ harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.