Wednesday, March 21, 2012

Julia Perez Rela Berkahwin Dengan Mana2 Ustaz !

JAKARTA: Demi untuk kebahagiaan ibu bapanya, Julia Perez rela sekiranya dijodohkan dengan seorang ustaz.

Julia Perez atau Jupe berkata, dia kini berserah setelah rancangan untuk bernikah dengan Gaston Castano menemui jalan buntu.

“Saya rela mama menjodohkan saya dengan seorang ustaz. Kami akan bertemu hari ini,” katanya ketika ditemui di Studio ANTV, Rasuna Epicentrum di Jakarta Selatan, semalam.

Katanya, dia hanya menurut kemahuan ibunya dan berharap ia keputusan terbaik. Katanya, dia kini menurut kerana tidak mahu terus kecewa.

Julia yakin pilihan ibunya adalah yang terbaik. Apabila ditanya bilakah dan di manakah pertemuan dengan ustaz itu akan dilakukan, Julia mengaku dia masih tidak mengetahui tarikh sebenar.

“Rancangan untuk bertemu di mana belum diketahui tetapi ia akan dibuat hari ini,” katanya. - Detikho



Posted by canang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.