Laporan
dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di
tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.
Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.
Maklumat
tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam
tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis.
Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit
Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:
Sebagai
seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah
Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai
menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah
dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak
bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati
lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif
dadah.
Jika
beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle'
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula
sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama?
Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??
Gambar
di bawah pula menunjukkan bagaimana Umno meraikan ahli-ahlinya - dengan
persembahan tarian gelek demi kelangsungan meneruskan legasi;
Amat
menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama
Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir
oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan
semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk
'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri
kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.
Umno
semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan
selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar
bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk
dibahagi hanya sesama mereka.
Jika
dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan
memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor
mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan
untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari
testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan
Rakyat.
Mood
meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih
pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu
moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang
diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang
hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel
begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam.
Isu
kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA
yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan
bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri
buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap
berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak
muda SAMM.
Semua
isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus
ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat,
orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara
seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan
mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan
maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.
Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift,
malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek
memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13.
Gambar ini diambil malam tadi(27 Mac) dari dua kamera berbeza;
Rakyat
hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini
membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi
menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat.
Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka
gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.
Ayuh
rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka
tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik
ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita
rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU.
Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!
Sekali
lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah
tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada
penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan
maklumat yang utuh.
Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.
Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.
Bayangkan,
kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal
Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para
ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa,
berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik
semata-mata.
Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13
EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Prekuel entry di atas - Isu Moral Yang Bakal Menumbangkan Umno Melaka dan SELURUHNYA!! #ABU!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.