Enot kini lebih manis setelah membuat keputusan memakai tudung sejak sebulan lalu. Enot berkata, sebagai seorang wanita bertudung dia perlu menjaga batasan agar tidak mendatangkan persepsi buruk masyarakat terhadap imej barunya itu.
“Saya
masih ‘gila-gila’ seperti dulu tetapi akan lebih menjaga batasan dalam
percakapan atau pun perbuatan supaya ia tidak menimbulkan prasangka
buruk mengenai perubahan saya kepada orang lain,” ujarnya
Tambah
Enot, dia kini berasa lebih tenang dan yakin dengan dirinya semenjak
mengenakan tudung dan bersyukur diberi hidayah untuk menutup aurat.
Tahniah saya ucapkan kepada pelawak Enot kerana telah pun memulakan perhijrahan ini.
Siasahkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.