Biseksual: Saman Ke Atas Nalla & Utusan Perlu Disegerakan
PENULIS difahamkan tempoh 48 jam yang diberikan peguam Datuk Seri Anwar
Ibrahim, N. Surendran lanjutan dari penyiaran artikel dalam Utusan
Malaysa yang menuduh Anwar sebagai seorang biseksual oleh Senator Datuk
Nallakarupan, telah pun tamat sejak Khamis lepas.
Jumaat pula berakhir tanpa sebarang saman difailkan oleh N. Surendran seperti terkandung dalam notis tuntutannya kepada Utusan dan Nalla.
Hari ini pula, Mingguan Malaysia menyiarkan cabaran Nallakaruppan agar Anwar menyamannya dengan segara serta dakwaan panjang lebar yang mengatakan Anwar adalah seorang biseksual.
Itu menjelaskan satu perkara bahawa, Utusan dan Nalla tidak akan berhenti menyerang peribadi Anwar walaupun ancaman tindakan undang-undang telah diberikan.
Perkara ini menuntut tindakan segera daripada pasukan pembelaan Anwar supaya rakyat tidak dilalaikan dengan tuduhan berbaur seksual sedemikian. Kita perlu ingat, pembohongan yang dilakukan berulang kali akan akhirnya dianggap fakta oleh sesetengah pihak.
Apatah lagi Mingguan Malaysia hari ini menggunakan penghakiman oleh hakim Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Anwar pada 2004 mengenai ‘bukti’ penglibatan Anwar dalam kegiatan homoseksual.
Penulis sudah menyebutkannya dahulu, kesilapan tidak mencabar penghakiman tahun 2004 ini boleh mendatangkan masalah kepada Anwar dan ianya terbukti sekarang apabila pihak musuh tidak ragu-ragu menggunakannya untuk mencemarkan lagi imej Anwar.
Apa pun, lupakanlah perkara yang telah berlaku itu, yang penting ini ialah menghadapi masalah yang berlaku sekarang.
Penulis dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain mahu melihat saman malu dikemukakan ke atas Nalla dan Utusan pada Isnin ini juga. Tidak sepatutnya perkara ini terlepas tanpa tindakan atau ia akan melarat sehingga ke tahap mencemarkan imej Anwar dan Pakatan Rakyat.
Ini tugas N. Surendren sebagai peguam utama Anwar. Kalau pun ada kegagalan mengemukakan saman dengan segera, penulis tidak nampak orang lain yang boleh dipertanggungjawabkan melainkan Surendren.
Semua ini perlu disegerakan kerana penulis melihat di hadapan ini ada pelbagai isu berkaitan Anwar yang menunggu masa untuk didedahkan. Ummi Hafilda sendiri dalam kenyataannya kepada Utusan mengatakan hanya menunggu Perdana Menteri membubarkan parlimen dan mengisytiharkan pilihanraya sebelum mendedahkan ‘ bukti-bukti’ untuk menjatuhkan lagi imej Anwar.
Belum lagi memperkatakan tentang video seks kedua yang didakwa membabitkan Anwar yang penulis percaya akan diedarkan pada bila-bila masa dari sekarang.
Dari apa yang penulis faham, sekumpulan orang yang dulu pernah bergiat aktif di dalam PKR tapi kini telah meninggalkan parti tersebut akan bergabung tenaga dan berganding bahu menyerang peribadi Anwar.
Antara yang penulis lihat ialah Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari selain Nalla dan Ummi Hafilda sendiri
Penulis juga dimaklumkan kumpulan ini akan menggunakan platform PERKASA untuk menyerang peribadi Anwar.
Semua ini perlu diberi dan mendapat perhatian khusus strategis politik PKR bagi ‘mematikan’ ancaman setiap satu dari mereka ini dengan lebih awal. Penulis percaya setiap satu daripada mereka mempunyai masalah tersendiri yang boleh digunakan untuk mematahkan hujah masing-masing berkenaan Anwar.

Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.