APAPUN
keputusan mesyuarat luar biasa Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA)
pimpinan Datuk Zaid Ibrahim nanti - sama ada untuk menerima cadangan
pembubaran atau menyingkirkan Zaid sebagai Presiden, masa depan Zaid
bersama dengan parti tersebut bolehlah dikatakan sudah berakhir.
Zaid
mengambil alih AKIM – sebuah parti kecil berasal dari Kelantan dan
menukar namanya kepada KITA, untuk melaksanakan reformasi politiknya
sendiri setelah dia gagal melakukannya di dalam UMNO dan PKR.
Silapnya,
Zaid memilih untuk memegang jawatan Presiden yang boleh dicabar dalam
pemilihan parti tersebut di masa hadapan. Justeru ia terikat kepada
peraturan Pendaftar Pertubuhan yang mensyaratkan pemilihan setiap 3
tahun sekali.
Sebenarnya
adalah lebih bijak kalau Zaid mewujudkan jawatan yang serupa dengan
Mursyidul Am dan Ketua Umum dalam masing-masing PAS dan PKR. Walaupun
kelihatan agak tidak demokratik kerana tidak melalui proses pemilihan
terus oleh perwakilan, tapi ia perlu dilakukan demi memastikanl parti
yang masih muda ini mencapai matlamat penubuhannya.
Dengan
cara itu sahaja Zaid boleh mengawal parti tersebut mengikut kemahuannya
agar semua ‘pelaburan’ yang telah dibuat dalam proses pengambil alihan
KITA dahulu, berbaloi.
Tapi
dek kerana terlalu taksub dengan fahaman politik baru yang dia sangka
akan berjaya melalui KITA, Zaid kehilangan peluang itu dan sekarang
ahli-ahli parti tersebut tidak lagi mendengar arahannya dan melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak Zaid.
Keadaan
ini benar-benar mengecewakan Zaid kerana mesej pembaharuan politiknya
tidak sampai ke peringkat akar umbi parti tersebut sehingga mendesaknya
untuk membuat keputusan membubarkan KITA.
Di
samping itu, penulis juga mendengar KITA berhadapan dengan masalah
kewangan untuk menguruskan parti tersebut. 2/3 daripada perbelanjaan
untuk aktiviti politik KITA adalah dikeluarkan oleh Zaid sendiri.
Walaupun kaya tapi Zaid dikatakan eorang yang kedekut.
Persoalan besar sekarang ialah, kemana Zaid selepas KITA?
Penulis
pasti PKR tidak akan membuka kembali pintunya untuk Zaid setelah segala
macam kerosakan yang dilakukannya kepada perpaduan dan kesatuan parti
tersebut dalam pemilihan Nasional 2010.
Tapi
penulis tidak pasti tentang PAS dan DAP. PAS boleh mendapat suntikan
kewangan dari Zaid manakalan DAP boleh menggunakan kelebihan Zaid
sebagai peguam yang memang menjadi tradisi tidak langsung parti
tersebut.
Bagaimanapun,
kemasukan Zaid ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat pasti
akan mendapat tentangan dari PKR kerana Zaid sudah terbukti seorang
perosak besar. Dia sudah membuktikannya dalam UMNO, PKR malah dalam
parti KITA dimana dia juga adalah pengasasnya.
UMNO
dan mana-mana komponen dalam BN sudah tentu tidak termasuk dalam
perancangan politik masa depan Zaid kerana masalahnya terlalu ketara.
Zaid
lebih elok kalau dibiarkan bersendirian, bergelumang dengan dunia
perundangan yang menjadi punca kemewahannya. Zaid sudah membuktikan
bahawa dia sudah tidak lagi sesuai menjadi pemimpin atau memimpin
mana-mana parti politik.
Nizar/Coretanku
Zaid tak perlu bergiat dalam politik. Apa nak cari? Glamour? Pangkat? Kekayaan? Lebih baik cari Keredaan Allah...raih CINTA ALLAH!
ReplyDelete