Tuesday, February 28, 2012

YB Nurul Izzah Anwar: "MATA SAYA HAMPIR LEBAM MACAM PAPA"

 
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, jika tidak ada campur tangan penyokong di ceramah di Gambang, Pahang semalam, beliau pasti sudah mendapat mata lebam seperti bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.


Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya

“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.
 
 
Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.
 
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.

Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.
 
 
Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.

“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.
 
“Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.Keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.