Video baru Datuk T membosankan....
Walaupun
disiarkan di muka depan akhbar UMNO, Utusan, video seks sambungan Datuk
T agak membosankan ramai.
Ini menunjukkan betapa rendahnya keyakinan
rakyat terhadap PM Najib Razak dan partinya yang telah dipersalahkan
kerana membawa politik Malaysia ke tahap yang lebih kotor
“Semua
orang sudah bosan dengan permainan ini. Rakyat tidak sebodoh yang
disangka. Rakyat juga tahu kebolehan PM Anwar berbanding PM Najib.
Mereka akan membuat perhitungan di kotak undi kelak. Anwar tetap
mempunyai harapan cerah walaupun Trio DAtuk T menyiarkan video seks
bebeza setiap malam,”Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia
Chronicle.
Datuk T – Memalukan UMNO atau wira mereka?
Mereka
mencabar Anwar menyaman mereka untuk fitnah dan amaran mereka adalah
mereka akan menimbulkan kekecohan dengan mendapatkan kebenaran mahkamah
menayangkan video itu di mahkamah. Ancaman ini langsung tidak menakutkan
Anwar.
Hanya minggu lepas, pemimpin
pembangkang itu telah mengemukakan saman fitnah RM150 juta terhadap
Utusan dan selepas berbincang dengan peguam beliau, tidak mustahil Anwar
akan mengambil langkah paling berani terhadap yang menuduh beliau.
Kepada
ramai ahli UMNO, Trio Datuk T sangat memalukan tetapi tidak kepada
kepimpinan UMNO. Trio ini terdiri daripada Rahim Thamby Chik, bekas
Menteri Besar Melaka, bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim dan bekas
konsulat Thailand Shazryl Eskay Abdullah.
Kesemua
mereka telah dijanjikan kerusi untuk bertanding sekiranya helah pertama
mereka berjaya. Tahun lepas, trio ini mengejutkan rakyat dengan
menayangkan video memaparkan seorang lelaki yang mereka dakwa sebagai
Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan seorang pekerja wanita.
Video
itu timbul setelah DUN Sarawak dibubarkan untuk memberi laluan kepada
pilihanraya negeri. Sungguhpun begitu, PKR tetap memenangi 3 kerusi
sementara rakan mereka DAP menang 12.
Ia bagaimanapun tidak menguntungkan UMNO dan blogger yang mereka bayar untuk menyemarakkan lagi cerita itu.
Sebuah kerusi bertanding untuk setiap orang ahli Trio Datuk T
Dalam
helah yang dilancarkan pada 2011 untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan,
Shazryl dan Rahim memainkan peranan penting dalam menarik minat media.
Walaubagaimanapun, selepas pita itu gagal menarik minat tetapi hanya
kebencian rakyat, kedua-dua lelaki ini menyepikan diri. Sumber dari
dalam UMNO memberitahu bahawa Rahim masih mengharapkan sebuah kerusi
untuk bertanding pada PRU 13.
Dalam ‘sequel’ terbaru, peranan diserahkan kepada Shuib Lazim, ayah mertua Menteri Pembangunan Luar Bandar; Shafie Apdal.
“Ketiga-tiga
lelaki ini ingat mereka boleh jadi seperti Loh Gwo Burne dari PKR yang
mendapat nama selepas mendedahkan rakaman Lingam yang mengatur hakim di
Malaysia. Tetapi mereka membuat kesilapan besar.
Bodohla si Rahim kalau
dia fikir Najib akan beri kepadanya satu kerusi.
Kesemua kerusi boleh
menang sangat berharga untuk UMNO dan ia tidak boleh diberi kepada
sesiapa sahaja,” ujar sumber dalam UMNO itu kepada Malaysia Chronicle.
“Lagipun,
apa yang Rahim dah buat untuk UMNO untuk melayakkan dia dapat kerusi
tersebut? Sekiranya Najib mengalah, ia menunjukkan Rahim memberi tekanan
kepada beliau dan ini juga menunjukkan kebodohan Najib berfikir dengan
jelas untuk masa depan.
Najib sering menjerat dirinya dalam ugutan
politik disebabkan helah bodoh diri sendiri. Satu demi satu akan timbul
dan mereka akan berkeras meminta bahagian mereka dan jika Najib
mengalah, dia akan mengambil daripada yang berhak. Akhirnya, UMNO akan
menjadi parti yang hancur dengan barisan calon yang kotor, lihat saja
nanti!”
Malaysia Chronicle tidak
dapat menghubungi Rahim yang juga pengerusi RISDA. Pada muka depan
Utusan, Shuib mengatakan bahawa sebuah pita video seks telah dirakam
pada 12 dan 13 Januari tahun lepas di Thailand.
“Saya
dah tengok video ini yang diberi oleh Eskay kepada saya. Saya rasa
Eskay dah sedia untuk mendedahkan video ini sekiranya Anwar menyaman
kita. Lihat pada passport Anwar dan semak dia pergi mana masa tu. Atau
tanya isteri dia Dr Wan Azizah Wan Ismail,” Shuib dilaporkan berkata.
Rumah Zoo
Utusan
juga mencabar Anwar untuk mendapatkan khidmat pakar video kalau beliau
maha untuk membuktikan lelaki dalam rakaman itu bukan beliau. Anwar
sudahpun menyangkal dakwaan itu dan membuat laporan polis.
Mahkamah
sebelum ini telah menjatuhkan hukuman bersalah keatas trio Datuk T yang
menayangkan pornografi di tempat awam dan mengenakan sedikit denda
kepada mereka. Walaubagaimanapun, polis yang didakwa bersekongkol dengan
Najib masih lagi sedang menyiasat Anwar dibawah Seksyen 182 kanun
keseksaan kerana memberi maklumat palsu yang bertujuan menyakitkan pihak
lain dengan menyangkal bahawa beliau adalah orang dalam rakaman itu.
Tidak
ramai rakyat yang percaya bahawa Najib tidak akan menggunakan politik
kotor untuk kekal berkuasa. Pentadbiran beliau sudahpun merayu keputusan
Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar daripada pertuduhan liwat.
“Siapa
yang tidak akan terkejut jika polis boleh dapatkan jam Omega itu dan
menuduh Anwar untuk satu lagi pertuduhan palsu? Jadi, pita seks apa pula
yang Shuib bawa ini? Dia cuma mahu beri publisiti negatif terhadap
Anwar tetapi rakyat sudah mula jemu dengan taktik seks UMNO. Ini akan
merosakkan mereka bukan Anwar atau Pakatan.
Daripada perjumpaan kami,
saya yakin orang Melayu tidak gembira dengan cara UMNO menggunakan
taktik kotor untuk dapatkan undi dan ini berita baik untuk kami,” ujar
timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
“Yang
penting adalah reaksi seluruh dunia semasa Anwar dibebaskan daripada
tuduhan Liwat II. Reaksi spontan diseluruh dunia itu adalah pembuka mata
kepada rakyat Malaysia. Rakyat sudah tahu bahawa dunia percaya Najib
dan UMNO cuba memfitnah Anwar.
Juga jelas kepada kerajaan di negara lain
bahawa Anwar adalah calon terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dan
mereka harap Anwar akan berjaya kerana situasi agak kritikal. Malaysia
sedang jatuh dan jika dibiarkan negara dimanupulasi oleh Najib dan
orang-orang seperti Datuk T, situasi akan menjadi lebih teruk dan negara
akan menjadi seperi zoo.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.