Abd Haffizd Abd Karim's photo.
TIMBALAN
PESURUHJAYA PAS JOHOR DI ZALIMI....RUMAH BELIAU DI BOM LEBIH KURANG
AWAL PAGI TADI....
BERMAKNANYA PIMPINAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT KINI
BERADA DALAM KEADAAN TIDAK SELAMAT....APA DAH JADI DENGAN NEGARA KITA
NI....
PERAS UGUT....PEMBUNUHAN....KEZALIMAN...YE MEMANG BENAR...KATAKAN BENAR WALAUPUN PAHIT....
SEMESTINYA
ORG YG BERCAKAP BENAR...SENTIASA AKAN DI ZALIMI OLEH MANUSIA YANG RAKUS
TAMAK HALOBA....ORANG YG AKAN MEMPERJUANGKAN KEBENARAN SENTIASA AKAN DI
ZALIMI....
Dua kereta milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly
Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di Johor Baharu
hangus terbakar dalam satu kejadian awal pagi ini.
Menurut laporan
Harakahdaily, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau
dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas
"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan
kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada
api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan
kuat berlaku.
Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk
keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," kata
Dzulkefly yang dihubungi akhbar rasmi PAS itu. Menurutnya, pihak bomba
yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api
daripada terus marak. "BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta
Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih
boleh dibaiki.
"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa
berlaku," katanya lagi dipetik oleh Harakadaily sambil memaklumkan
laporan polis telah dibuat. Sementara itu, ketua penerangan PAS Johor,
Mazlan Aliman dalam SMS kepada Malaysiakini berkata beliau tidak menolak
kemungkinan kejadian itu ada kaitan dengan pihak yang tidak berpuas
hati dengan Dzulkefly.
Ini kerana, timbalan pesuruhjaya PAS itu banyak
mendedahkan isu-isu panas di Johor. “Dahsyat! Kereta dalam garaj
dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu. Beliau dan
ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. “Kejadian jam 3.40
pagi ini di Tmn Universiti, Gelang Patah. Botol minyak tanah lima liter
ditemui,” tulisnya.
Menurut laporan Harkahdaily, Mazlan yang turut
bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis
menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa
ke muka pengadilan. "Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita
harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya. - mkini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.