NILAH DIA KUASA KE TIGA KAH...KAH...KAH..
DEY!! PAKATAN RAKYAT!!! SILA TAKE NOTE... INILAH DIA KUASA KETIGA
YANG PALING DITAKUTI UMNOBN KAH! KAH! KAH!
DITAKUTI JUGAK OLEH ADNAN
YAAKOB Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengakui apa yang
dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin mengenai ancaman `kuasa ketiga' itu adalah benar
dan ia perlu diberi perhatian.
KAH! KAH! KAH! INILAH DIA ANCAMAN UMNO
RUPANYA DEPA TAKUT HASSAN ALI KAH! KAH! KAH! Hasan Ali Tubuhkan 'Jati'
Untuk Teruskan Perjuangan SHAH ALAM: Bekas anggota PAS,
Datuk Dr Hasan
Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk
meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan
raja-raja Melayu.
"Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno
atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan
sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati,"
katanya kepada pemberita di sini.
Beliau yang ditemui selepas
berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS
dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba
merosakkan perjuangan asal PAS.
Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari
lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri
Selangor itu akan menyertai Umno. Mengulas mengenai Jati, bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada
21 Februari ini.
Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan
Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi
kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya
umum ke-13. Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti
memerintah,
Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan. "Kita
adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita
tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan
mana-mana parti politik," katanya BENAMA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.