Tuesday, February 21, 2012

APO KONO EH JANG ! - Tender Hospital Rembau selepas 4 tahun letak batu asas ?

 
Saudara Norazizi Abdul Aziz selaku Setiausaha PKR Cabang Rembau menyiarkan gambar dalam Facebook beliau pada 20 Feb 2012 papantanda yang tertulis CADANGAN TAPAK PROJEK MEMBINA DAN MENYIAPKAN HOSPITAL REMBAU.



Persoalannya : 

1. Kenapa setelah lebih empat tahun upacara Perletakan Batu Asas ini disempurnakan pada 7 Mac 2008 baru tender akan dibuka pada bulan April 2012? 

2. Jika pada tahun 2008 kos pembinaan Hospital Rembau ini ialah RM 100 juta, berapa ratus juta pula kosnya pada tahun 2012 ini? 

3. Apakah tanah seluas 20 ekar milik PKNS yang akan didirikan Hospital Rembau ini masih milik PKNS, milik individu atau milik kerajaan pusat? Jika bukan lagi milik PKNS, berapakah kos jualah tanah tersebut dan hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri?  

4. Selepas proses tender selesai, bilakah proses pembinaan Hospital Rembau ini akan bermula dan bilakah dijangka akan siap?  

Hospital RM100 juta bagi penduduk Rembau 

REMBAU 7 Mac 2008  - Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. 

Hospital di Rembau ini akan mempunyai perkhidmatan perubatan am, kecemasan, pesakit luar, selain sokongan seperti farmasi, makmal, haemodialisis, pengimejan dan diagnostik. 

Di hospital yang akan dibina ini juga akan mempunyai kemudahan antaranya wad lelaki, wanita, kanak-kanak, bersalin, sakit puan, rehabilitasi dan pentadbiran.



OLEH: amns

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.