Wednesday, February 22, 2012

Agenda Tersembunyi Hasan Ali Terbongkar, Logo Syaitan Jadi Bukti Dia Adalah Parasit Sebenarnya

 Bukti, inilah dia keratan blog terbabit yang jelas sungguh mengejutkan


 Bukti, carian "JATI LOGO" mempaparkan logo "Syaitan" pada google image
 
Sungguh tidak disangka, pada awalnya kami menyangka blogger-blogger pembangkang hanya mereka cerita kononnya logo Jalur Tiga (JATI) iaitu NGO yang baru ditubuhkan oleh Dr.Hassan Ali (foto) itu mirip logo "Syaitan".

Namun, sungguh menggemparkan, apabila ia ternyata benar belaka dan sudah tidak menjadi rahsia lagi. Malah, logo JATI jelas menyerupai logo "Syaitan" seperti yang terdapat pada blog Art Backwash atas tajuk Satan's Logo.

Apa yang dapat dilihat, jelas sekali logo JATI 100% menyerupai logo terbabit. Mahu dikatakan logo itu meniru logo JATI, mungkin tidak masuk dek akal. Ini kerana, logo yang dipaparkan di blog terbabit sudah bermula pada 7 Mei 2008.

Makanya, Hasan Ali yang telah meniru logo berkenaan. Soalnya, kenapa perlu tiru logo "Syaitan", sedangkan JATI dikatakan mahu perjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Jika inilah keadaannya, maka sia-sia saja Hasan Ali menubuhkan NGO seperti itu.

Walau pun beliau mendakwa JATI tiada agenda tersembunyi, namun kita khuathir Hasan Ali "dijelmakan" untuk memesongkan akidah dan pemahaman Islam sebenar kepada Umat Islam di negara ini.

Justeru, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam digesa berhati-hati dengan taktik licik Hasan Ali ini. Ia cukup berbahaya dan boleh memesongkan akidah jika inilah NGO yang mahu dibangga-banggakan sangat oleh beliau selama ini.

Nampaknya, agenda Hasan Ali sudah mula terbongkar walau pun baru saja melancarkan JATI. Jika inilah senarionya, maka sahlah selama ini dialah "Perasit dalam PAS". Maka itu, tidak syak lagi tindakan PAS memecat Hasan Ali dilihat satu langkah wajar sebelum dia terus merosakkan parti tersebut dari dalam.

Dengan pendedahan panas ini, eloklah Hasan Ali berfikir sejenak dan menginsafi atas apa yang telah beliau lakukan sekarang ini. Jangan dek kerana mengejar "keuntungan duniawi" dia terlupa siapa dirinya yang sebenar. Kembalilah ke jalan kebenaran, jika benar dia perjuangkan Islam.


[Pembongkaran ini pastinya tidak dapat diterima oleh Hasan Ali dan penyokong beliau. Namun, itulah hakikatnya bila terlalu ingin berpolitik dengan tidak mengambilkira kepentingan Islam itu sendiri.

Islam tidak wajar dijadikan alat untuk memuaskan hawa nafsu. Perkara ini mungkin satu kebetulan namun ia tidak boleh dinafikan lagi. Seluruh dunia kini tahu bahawa JATI telah mengambil lambang "syaitan" sebagai logo NGO terbabit.

Ini sungguh memalukan umat Islam, dikala Hassan Ali sendiri kononnya mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Akhirnya semua kini faham, apakah yang diperjuangkan oleh Hasan Ali.

Beliau ternyata telah terikut-ikut nafsu syaitan yang mungkin sengaja ingin memesongkan dirinya yang pernah disanjung sebagau tokoh Islam satu ketika dulu.

Soalnya, apakah Hasan Ali akan mengubah senario ini atau dia akan terus merencana segala apa yang sedang dilakukannya sekarang ini].


PAHANG DAILY ONLINE (PDO)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.