Wednesday, December 28, 2011

MAHATHIR CURI IDEA ORANG LAIN-KATA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH ?

 

PANAS....MAHATHIR AKAN MENGAMUK??

Panas....!!! Kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah ini pasti akan membuatkan Mahathir  panas telinga  dan bakal mengamuk!!! Percayalah...rahsia  kebijaksanaan Mahathir kini dibongkar oleh Ku Li cara  terbuka. Penulis  dapat agak apa situasi akan berlaku selepas ini. Makin pilihanraya makin dekat...kenyataan demi kenyataan menhentam Tun Mahathir makin membuak.....tak sabar  rasanya  nak tengok Mahathir yang mudah lupa  itu melenting lagi....

Tengku Razaleigh Hamzah  meramalkan  dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini  United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus  pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974  dan juga  bekas Menteri  Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami  krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li  pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik -   flip flop  - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi  kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan  secara masak terlebih dahulu.
"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,"  Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974  telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia  mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan  dengan perlembagaan seperti kedudukan  Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,  pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila  beliau telah berjaya mengambil alih  kembali harta tanah  Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'.   Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara  yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam.  Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini  hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi  dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.
"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman  beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi  mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li,  kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari  Putera  Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC.  Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM  ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."
Ku Li merumuskan bahawa  pentabiran pimpinan Najib Razak  kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO  terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara  berpusat memandang ke PWTC,  Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini  masih belum jelas.  Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak  membawa  beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah  sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga  tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan  massa. Jauh sekali Ku Li  untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh  bin Tengku Mohd Hamzah  ialah putera raja. 
 
Mungkin inilah  sosok yang digambarkan oleh   Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.