Wednesday, November 30, 2011

Sharizat Jalil Minta DS Dr. Wan Azizah Letak Jawatan Presiden PKR ??

Shahrizat Perlembukan Perwakilan, Guna Kes Liwat Anwar Alih Skandal NFC

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini berhadapan dengan tekanan daripada PKR agar meletakkan jawatan kerajaan dan politik ekoran siri pendedahan berkaitan NFC, yang diuruskan oleh keluarganya.
Antara isu yang dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin PKR ialah salah guna dana projek ternakan lembu NFC termasuk untuk membeli kondominium mewah dan membiaya perbelanjaan keluarga, antaranya kos menunaikan umrah.

Sekali lagi hari ini, Shahrizat mempertahankan dirinya bahawa beliau tidak kena-mengena dengan syarikat diuruskan oleh suami dan anak-anaknya.

Sebaliknya beliau mencabar Ketua Wanita PRK Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

Projek NFC kini disiasat oleh polis. Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan suami Shahrizat.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

“Wan Azizah patut didesak meletak jawatan kerana suaminya, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pernah disabit dan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan,” katanya lagi.

“Buat Zuraida, jangan ingat Wanita Umno penakut, walaupun kamu menghentam saya, saya tetap senyum sampai dah tak boleh nak senyum lagi ni, itu belum kita angkat kain lagi,” tegas Shahrizat memberi amaran kepada Zuraidah supaya jangan memperlekehkan wanita Umno kerana pergerakan wanita itu jelasnya sentiasa bersedia menepis dakwaan fitnah dan songsang PKR.

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Untuk Wanita PKR, saya beri ingatan, jangan cuba ambil kesempatan kepada kami, kami telah bersedia,” tegasnya.

Menurut Shahrizat, Zuraida dan Wanita PKR sebenarnya takutkan perjuangan Wanita Umno kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan 1.3 juta wanita menyokong perjuangan Umno-Barisan Nasional.

“Pembangkang dan PKR sebenarnya takutkan Wanita Umno, kita ada kekuatan 1.3 juta ahli kalangan wanita untuk memastikan kemenangan Umno, sebab itu mereka cuba untuk merosakkan kita dengan pelbagai cara,” tegas beliau lagi. -TMI

Skandal NFC: Shahrizat jangan emosi, tapi jawab isu – Zuraida

KUALA LUMPUR 30 Nov: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menasihati Datuk Seri Shahrizat Jalil agar jangan emosi berhubung skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya.

Sebaliknya, kata Zuraida, Ketua Wanita Umno itu perlu menjawab segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat berkenaan.

Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu

“Dari awal kita tegaskan isu besar di sini ialah RM250 juta itu wang rakyat dan Sharizat kata dia tiada kaitan.

“Bagaimana dia boleh kata begitu, sedangkan NFC diterajui suaminya sendiri,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu diminta mengulas kenyataan penuh emosi Shahrizat dalam perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya KEADILAN tidak memainkan isu berkenaan.

Mengulas lanjut, Zuraida sekali lagi menegaskan bahawa NFC memperoleh kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan ketika Shahrizat menjadi menteri kabinet, yang menyebabkan berlakunya konflik kepentingan.

“Dari awal kita tegaskan, ini bukan isu peribadi, tapi isunya ialah syarikat keluarga kamu memperolehi tender dengan kamu ketika itu sebagai seorang menteri.

“Kalau dari awal kamu tahu projek itu bakal diserah kepada keluarga, sepatutnya kamu orang pertama menolak kerana berlakunya ‘conflict of interest’ ,” tegasnya.

NFC diluluskan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain kegagalan NFC mencapai sasaran penternakan dan memenuhi pasaran daging tempatan, jutaan ringgit dana itu diseleweng syarikat tersebut untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.

Malah, suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFC mengakui syarikat itu membeli dua unit kondominum bernilai RM13.8 juta.

Sementara itu, KEADILAN akan mengadakan sidang media tergempar bagi menjawab serangan pimpinan Umno berhubung isu itu di lobi parlimen petang ini.

Selain itu, beberapa pendedahan baru dijangka akan dibuat untuk membuktikan berlaku penyelewengan di peringkat tertinggi Umno dalam skandal berkenaan. -KD


Ulasan GB

Isu lembu tak nak jawab, tapi cuba alih ke topik lain. Mudah sangat taktiknya cuba melarikan diri dari isu lembu NFC.

Dia ingat dia boleh melembukan rakyat seperti dia telah melembukan sekalian pemimpin UMNO dan para pengikutnya?

Lagi dipertahankan lembu-lembu di dalam UMNO, lagi cepat UMNO akan ditolak oleh rakyat.

Khairy, Ketua Pemuda UMNO, kenapa agaknya beliau beriya-iya pertahankan Shahrizat dan projek lembu berkenaan?

Semua orang tahu NFC diluluskan semasa bapa mertua Khairy, Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM dan Khairy ada di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri!

Dan PAC mendedahkan Wang peruntukan untuk projek NFC habis dikeluarkan baru tandatangan perjanjian! Ini yang memusykilkan dan perlukan siasatan ke akar umbi:


 
 
SUMBER: KELAB GREENBOC

NFC : Shahrizat Jalil Sempat Beli Mercedese Benz C350SL ??

MBenz Model C Class 

KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.
“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itumaintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.
 
Menurutnya lagi,  dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.
KEADILAN turut mendedahkan 15 cek  berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan  Thailand.
Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.
“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).
“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.
Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.
Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.
“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?
“Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC,” katanya. 



Sumber: Kerajaan Rakyat





Panas! Skandal Adun Negeri Perak Yang Memalukan – Bahagian 2

seexarc2
Pada bahagian pertama, kami telah mendedahkan tembelang ADUN Pengkalan Bharu iaitu Dato’ Hamdi Abu Bakar yang mempunyai nilai buruk sebagai seorang pemimpin. Beliau telah di SAH kan sebagai taik judi, kaki perempuan sehingga PA nya pun di sapu dan juga penglibatan beliau dengan tauke-tauke cina yang mengelilingi beliau untuk mendapat projek balak. Ada juga diantara tauke balak ini telah ditipu oleh beliau.


Kebijaksanaan Dato’ Hamdi membodohkan Dato’ Azhar, Pegawai Khas MB Perak (yang sememangnya BODOH) dengan Dato’ Manaf Hashim (yang sememangnya BANGANG) juga begitu menarik sekali. Mereka semua ini tidak sedar bahawa mereka ini di perkudakan oleh Dato’ Hamdi yang bermatlamat untuk menaikkan anak nya supaya dapat menjadi calon ADUN Pengkalan Bharu yang baru bagi menggantikan beliau yang hanya menang sebanyak 14 undi sahaja pada PRU 12.

Segala apa yang dibuat, semuanya Dato’ Hamdi yang dapat nama walaupun Dato’ Azhar yang banyak menghabiskan duit untuk program-program rakyat. Baguslah tu kerana menjadi LEMBU kepada Dato’ Hamdi. Dato’ Manaf pula, banyak menyalahgunakan duit peruntukan MAYANG Bahagian Bruas sebanyak RM 1 juta. Dia banyak menyalurkan projek MAYANG ke atas kroni-kroninya, namun akhirnya di pergunakan oleh Dato Hamdi untuk mencapai segala hasratnya.

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan Bruas, harap dapat menggunakan maklumat ini untuk menukar ADUN Pengkalan Bharu yang memalukan ini. Jangan bagi ruang kepada pemimpin-pemimpin seperti ini untuk menjadi wakil rakyat Pengkalan Bharu

Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan membaca Bahagian 1, sila layari http://www.tranungkite.net/

Panas!! Sekretariat UMNO Tengking Media

 
"Tak faham orang lebih banyak nak tolong dia dari diri sendiri,” itu saja yang boleh kami katakan kepada perhimpunan parti bangsa Melayu terbesar negara apabila kami gagal meneruskan liputan mengenainya tahun ini.
 
Panas hati, kecewa dan bengang teramat sangat, begitulah perasaan kami ketika meninggalkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas dua hari berturut-turut membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Kami dimarah dan dileter sesuka hati oleh pihak urus setia yang bertanggung jawab menjaga hal ehwal media di perhimpunan tersebut, iaitu UMNO Online yang juga memiliki portal berita yang hidup segan mampus tak mahu.

“Dah la mohon lambat, nak pula pas media cepat-cepat, mana boleh! Banyak lagi media yang kami kena layan, banyak lagi kementerian lain yang kami kena layan, bukan korang saja!,” tengking seorang petugas UMNO Online.


Kami juga diherdik kerana lewat memohon pas media khas untuk membuat liputan walaupun memberikan alasan bahawa kami masih baru dan tidak tahu saluran untuk membuat permohonan tersebut. “Kalau tak terima surat jemputan pun, telefon la kitorang! Ni dah mohon lambat, pas dah habis, kena tunggu la, ikut la prosedur!,” katanya.


Pertamanya, ingin kami beritahu di sini bahawa memang silap kami kerana lewat memohon pas media, itu pun disebabkan kami tidak tahu saluran mana atau siapa yang patut dihubungi untuk mendapatkan pas tersebut.


Tidak ada pula kami terima jemputan melalui emel, surat, pekeliling, hebahan melalui poster, radio atau televisyen yang memberitahu bahawa soal pas media dikendalikan oleh UMNO Online sebulan lalu.


Ia sangat berbeza dengan urus setia media Muktamar Tahunan PAS ke-52 yang berlangsung di Taman Melewar pada April lalu di mana kami dihubungi dan dimaklumkan melalui faks untuk hadir membuat liputan ketika perhimpunan parti itu.


Perkara ini, UMNO Online yang diamanahkan tugas tersebut perlu belajar dari PAS bagaimana menjalin hubungan baik dengan pengamal media.


Keduanya, kelewatan atau kesilapan kami itu bukanlah satu tiket untuk staf-staf UMNO Online mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada kami dan sewajarnya mereka menjelaskan keadaan dengan nada yang lebih baik.


Kalau tak nak bagi pun, cakaplah elok-elok sikit. Kami pun faham la. Tak perlu la nak herdik macam bagus sangat. Kecoh lebih apahal. Apakah wajar dua orang staf wanita yang mewakili suara UMNO berinteraksi dengan buruk terhadap media sedangkan mereka mengharapkan agar lebih banyak media membuat liputan perhimpunan parti mereka itu?


Dalam hal ini, pengalaman kami ketika membuat liputan Muktamar PAS tahun ini lebih baik. Ketika Muktamar PAS tempohari, seorang wartawan Mynewshub.my lewat memohon pass media (pada hari ketiga muktamar), namun petugas PAS dengan senyuman bersungguh-sungguh membantu mendapatkan pass tersebut dan ia diperoleh selepas hanya sejam menunggu sahaja.


Nampaknya, kebobrokan beberapa staf UMNO Online terhadap birokrasi itu mampu memburukkan imej UMNO di mata media dan rakyat yang mempunyai nilai undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Ketiganya, sekiranya staf-staf UMNO Online itu benar-benar merasakan diri mereka hebat sangat diberikan tugas bagaikan ‘raja media’, mereka perlu betulkan tanggapan tersebut kerana semangat UMNO tidak pernah sebegitu.


UMNO yang kami kenali sentiasa mesra media, tanyalah pada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau pasti setuju dengan pendapat kami mengenai parti itu. Keempat, tolonglah jaga sikit mulut staf-staf UMNO Online itu kerana ia mampu menjejaskan nama baik UMNO, khususnya kami telah mendapat tahu ada dikalangan rakan media yang sudah merungut mengenai layanan yang diterima meskipun perhimpunan baru sehari bermula.


Menghina, terlalu tegas dan bersikap bagai ‘akulah raja’ terhadap media akan membuat media alternatif seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider akan melaporkan perkara-perkara yang negatif di sekitar perhimpunan tersebut. Kelima, apalah yang susah sangat untuk memproses pas media yang hanya bermodalkan sekeping kertas dan hanya mengambil masa kurang sejam.


Jika urus setia PAS mampu membantu memberikan pas media kepada Mynewshub.my dalam masa sejam, kami percaya pihak UMNO yang lebih sofistikated dan ‘advance’ mampu memberikan pass tersebut lebih awal dari tempoh tersebut! Pokoknya, mahu atau tak mahu bagi sahaja, kan?


Maaflah sekiranya UMNO Online tersinggung dengan kami kali ini, kami tak pedulik sebenarnya….dan ketahuilah bahawa salah kami hanya satu, namun kesalahan dan kesilapan pihak urus setia hal ehwal media ini lebih dari satu!


Tak tahulah sama ada kami akan membuat liputan media Perhimpunan Agung UMNO pada tahun depan atau tidak memandangkan kami malas mahu mengadap muka-muka berlagak tak bawak ke mana urus setianya.


Mynewshub

Ucapan Pemimpin UMNO Sendiri Jadi Bukti UMNO Kini Sedang Nazak

 
 
Najib mahu Umno sedia hadapi PRU ‘luar biasa’

KUALA LUMPUR, 29 Nov ― Datuk Seri Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai “sesuatu yang luar biasa” bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.

Najib yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.

“Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan,” kata Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata demikian pada sidang media bersama dua rakan sejawatannya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal selepas taklimat presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini hari ini.

Beliau menambah bahawa Najib juga telah mengarahkan pemimpin-pemimpin Umno agar menyelesaikan kesemua konflik dalaman bagi memastikan bahawa tiada sabotaj atau unsur menikam dari belakang apabila tibanya pilihan raya.

Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, mesej itu dikeluarkan di sebalik peringatan berkali-kali daripada Najib bahawa hanya calon-calon yang boleh menang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

“Konflik mesti diselesaikan bagi memastikan kejayaan kita sama ada kerusi peringkat kerusi ataupun parlimen,” kata beliau.

“Hanya ada satu pasukan iaitu Pasukan Umno,” kata Zahid.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata, BN meletakkan sasaran untuk menawan balik empat negeri dikuasai Pakatan Rakyat sekarang iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. -TMI

Muhyiddin: PRU-13 tentukan jatuh bangun Melayu

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.

Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.

"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.

"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

'Jangan main belakang'

"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.

"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.

Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat" yang dilemparkan pada Umno.

Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.

"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya. -mk


Ulasan GB

Kenyataan kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO di atas jelas membuktikan bahawa keadaan UMNO kini sedang kritikal, nazak yang amat sangat, yang jika dalam adegan Ahmad Nisfu, dalam keadaan "mintak nyawa".

Berlakon seperti 'wira-wira bangsa" sedangkan merekalah sebenarnya pengkhianat dan penjahanam bangsa selama ini.

Ucapan mereka itu sendiri memperakui bahawa UMNO kini diambang kehancuran. Gambaran jelas bahawa UMNO kini sukar malah, sudah tidak berupaya untuk diselamatkan.

Suasana huru-hara dan kelam-kabut kerana kapal UMNO sudah hampir karam. Juragan bertempik dan cuba menyalahkan orang lain.

Kemudian, sekalipun berselindung disebalik slogan 1Malaysia selama ini, perhimpunan UMNO kali ini membuktikan UMNO merupakan parti paling kuat rasismanya. Menjadikan perjuangan "kebangsaan" sebagai landasan "jihad" mereka.

Sedangkan Rasulullah saw telah bersabda:

“Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah” (Hadith Riwayat Abu Daud).

Lalu sahabat bertanya:

"Apakah yang dikatakan assabiyah itu Ya Rasulullah?"

Baginda menjawab:

"Assabiyah itu ialah bahawa kamu menolong kaummu di atas dasar kezaliman"

Jelas kepada kita, Islam telah lama menguburkan fahaman kebangsaan tetapi UMNO masih lagi memikul bangkai assabiyah sebagai dasar perjuangan mereka.

Mereka akan tetap kalah dan pasti akan kalah lantarannya.
 


 

Shahrizat perlu jawab dana NFC untuk keluarga tunai umrah Dicatat oleh Tuk Kiyai

 
[KD] KUALA LUMPUR 30 Nov: Datuk Seri Shahrizat Jalil perlu menjawab salahguna wang Perbadanan Fidlot kebangsaan (NFC) untuk tujuan ibadat Umrah dan melancong yang digunakan keluarga beliau, kata Ketua Biro Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Beliau berkata demikian susulan reaksi Shahrizat di Perhimpunan Agung Umno yang memberi amaran supaya pimpinan KEADILAN tidak memainkan isu tersebut.

“Kita sangat dukacita kerana wang rakyat yang diberi untuk NFC diseleweng pula untuk menunaikan Umrah dan melancong.

“Ibadat Umrah tidak salah tetapi mengapa perlu menyalah guna wang NFC yang tujuan asal untuk penternakan lembu,” soalnya ketika dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu melenting, sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik suami dan anaknya itu.

“Beliau (Shahrizat) harus jawab dengan mengemukakan bukti dan fakta berkaitan dan bukan mengelak,” kata Aishah.

Pada 21 November lalu, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mendakwa NFC membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Manakala 8 November lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pula mendedahkan sejumlah RM827,579 dana NFC disalahguna Shahrizat, suami dan anak-anaknya untuk melancong diluar negara.

Skandal NFC mula terbongkar selepas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 mendedahkan projek yang dijalankan syarikat itu gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Selain gagal mencapai sasaran, NFC juga didakwa memberikan diskaun kepada restoran mewah milik keluarga Shahrizat, di samping simpanan dalam deposit tetap yang memberi keuntungan ratusan ribu ringgit.

Paling mengejutkan pembelian dua kondominium mewah di Bangsar membabitkan nilai sebanyak RM13.8 juta dari dana RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/11/shahrizat-perlu-jawab-dana-nfc-untuk.html#ixzz1fAse6aoW

Garang Nampak Syarizat nie........

Jangan main lagi: Kak Ijat dah nak angkat kain siapa sanggup tengok. JIHAT KE TU Saya petik daari (MK)http://www.malaysiakini.com/news/182765 "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... 

Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.


Ayid Hashim's photo

Kenyataan Rasis Ahmad Maslan Bakal Jatuhkan Najib & BN

 


Politik meracau' Umno bakal jatuhkan Najib

Kenyataan terbaru Ketua Penerangan Umno bahawa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah memperlihatkan sikap sebenar 'perkauman melampau' parti itu.

AJK PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata kenyataan Datuk Ahmad Mazlan itu juga menggambarkan Umno kini berada dalam keadaan 'meracau' dan diambang kehilangan kuasa.
"Kenyataan itu menggambarkan psikologi Umno yang berada dalam ketakutan ekoran diambang kehilangan kuasa.

"Mereka (Umno) masih belum jumpa strategi jelas, maka mereka meneruskan strategi lama dengan mencetuskan rasa takut (politic of fear) di kalangan rakyat dengan isu kuasa orang Melayu, agama dan sultan" katanya kepada Harakahdaily.

Dalam kenyataan pagi tadi, Datuk Ahmad Maslan dipetik berkata orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly juga menyifatkan kenyataan Ahmad itu sebagai kegagalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa transformasi politiknya kepada pemimpin Umno lain termasuk Ahmad.

Najib juga ujarnya masih tindak menentu dalam mencari strategi dan pendekatan untuk mempertahankan kuasanya.

"Mungkin juga ketua penerangan Umno ini mewakili suara majoriti ahli Umno dan suara Najib (yang mahu transformasi) hanya minoriti.

"Ini juga bukti 'banyak kepala' dalam Umno yang semakin bersimpang-siur dan bercelaru. Umno tetap Umno yakni parti berteraskan perjuangan perkauman Melayu sempit, Melayu Umno, masih ramai Melayu yang terpinggir, jurang miskin-kaya paling lebar dalam etnik Melayu di negara ini" kata Dr. Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.

Sementara itu juga, beliau menjangkakan perhimpunan agung Umno yang akan dirasmikan malam ini menjadi medan anggota parti itu membangkitkan isu perkauman.

Ianya memandangkan parti itu kini berada dalam keadaan terdesak selepas hilang sokongan bukan Melayu sejak tsunami politik 2008 lalu. -hd

 


Benar Kah PRU 13 Menjadi Jatuh Bangun Orang Melayu ATAU Pemimpin UMNO ?

Gendang "melayu' bergema lagi,kali ini TPM MUHYIDIN berkata "pru13 akan 

menjadikan jatuh bangunnya melayu.."...benarkah jatuh bangun kaum 

melayu ?..tapi sebenarnya paling tepat 'JATUH BANGUN PEMIMPIN 

UMNO"...kita nilai realiti sekeliling kita,..adakah puluhan tahun selepas 

merdeka dan umno yang memerintah melayu sudah berada dilevel yang 

selesa ??,,adakah melayu sudah punyai ekonomi yang kukuh dan boleh 

bersaing dgn kaum=kaum lain dlm negara ini?..jawapan itu ada pada diri 

kita sendiri...


CATITAN: Rakyat Marhaen Tolak PERKASA

Musa Hassan Dah Jadi Bilal Masjid ?? Bilal Terkaya Di Malaysia..





Menurut sumber dari media-media hiburan :
 

- Perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak.

- Syella Kamarudin juga mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.

- Suami Syella turut memberikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.


Fakta mengenai harga kereta :

Harga semasa Mini Cooper – RM195,000
Harga semasa Mini Cooper S – RM250,000
Harga semasa Audi R8 – RM800,000 Audi R8 G

Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.

“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”

Fuh!!!...kayonya bilal mesjid.

http://pulakdah.blogspot.com/2011/11/suami-saya-bilal-masjid-syella.html

BUKU SULIT UMNO ! NAJIB MINTA AHLI "SEBAR FITNAH SEBANYAK MUNGKIN" UNTUK UMNO KEKAL BERKUASA ?



fitnah umnoBuku Sulit Umno Dedah Arahan Rasmi Sebar Fitnah


reformisanakmuda

Umno akan ambil semula pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat " DENGAN APA CARA SEKALIPUN ! " .


“Tetapi kita berdepan cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang.”

Begitulah kata Najib Razak baru-baru ini yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan “apa- cara sekalipun”.

Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka.  Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.
fitnah umno
Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini.  Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.

Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya.

Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karek

Umno silap…  Rakyat bijak menilai….

Tuesday, November 29, 2011

AHMAD MASLAN DERHAKA... ENGKAR TITAH AGONG



Nampaknya hari ini, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan berbau perkauman yang dibayangi agenda rasis apabila mendakwa orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang.
 
Kenyataannya bercanggah dengan titah Yang Di-Pertua Agong melarang sebarang bentuk isu sensitif dan perkauman. Ahmad menakut-nakutkan orang melayu dengan mendakwa, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
 
Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.

“Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.

PASWM

HIMPUN peringkat negeri: Stadium Indraputra Ipoh, Perak Sabtu 17 Disember 2011 bermula 10 pagi


KUALA LUMPUR 20 Nov. – Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan mengadakan siri jelajah di tiga negeri – Perak, Negeri Sembilan dan Johor – pada bulan depan dan Januari ini.

Bermula di Perak dengan lokasi di Stadium Indera Muda, Ipoh pada 17 Disember ini, Himpun seterusnya akan berlangsung di Negeri Sembilan pada 7 Januari dan Johor pada 28 Januari di lokasi yang masih belum diputuskan.


Pengerusi Bersama Himpun, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ketiga-tiga negeri itu dipilih kerana kesediaan jawatankuasa di negeri berkenaan untuk melaksanakan program itu.


Dalam sidang media di sini hari ini, beliau berkata, tujuan siri jelajah itu dibuat adalah sebagai resolusi perhimpunan pertama di Shah Alam, Selangor pada 22 Oktober lepas untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dari pelosok negeri mengenai akidah serta menyemarakkan rasa sayang kepada agama Islam.


Azmi juga meminta supaya tidak ada pihak yang cuba mempolitikkan perhimpunan itu kerana ia diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua umat Islam mengenai isu murtad yang semakin berleluasa.


Dijangka seramai 10,000 akan menghadiri perhimpunan yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1 petang di Ipoh itu, katanya.


Perhimpunan anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam itu adalah bagi menghantar mesej kepada pelbagai pihak mengenai isu-isu memurtadkan umat Islam di negara ini. – Bernama






EDISI KANTOI, TAKKAN JUMPA DI MANA MANA MEDIA lembUMNO...

 

TV3suku puji melambung PERKASA kononnya turun membela lembUMNO mengekalkan kuasa. TV3suku yg bangang x reti matematik tu cakap seramai lebih darui 500 orang anggota PERKASA yang hadir... mari kita lihat 500 yg macamana tv3suku tu laporkan td..

sorilah entri pendek, masih x abes gelak lagi... senak dah perot ni!!

"Saya Hanya Akan Tumpu Kepada Pergerakan Wanita UMNO." - Sharizat Jalil

MAMI JANGAN GHISAU "Saya tidak akan jelaskan (isu NFC) tetapi ada satu, dua mesej yang nak saya jelas kepada pihak di luar sana semasa persidangan Wanita Umno nanti. Tunggulah. 

Sebagai pemimpin, kita kena banyak bersabar, tenang dan jangan cepat melatah. "Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. 

Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.[ lagi ] kah...kah...kah... !!!

Mami .. Ijat tak perlu gusar la .. Kita sumer dah tau ..dalam umno mana ada yang berani depan depan citer pasal NFC Mana ada yang berani kutuk pemimpin kalau wat salah .. Diajar untuk angguk .. kalau tak angguk rezeki tak turun ... 

Kah...kah...kah... !!! .... Zaman rezeki datang naik troli mungkin dah tak der .. tapi mungkin dengan cara lain .. Kah...kah...kah.... !!! Tu yang syok dengan PAU tu ... Kah...kah....kah...!! Rezeki...rezeki ... Kah...kah...kah... !!!


sumber: Tok  Batin Deris

Kecaman Mahathir dan nurani Saifuddin - Oleh: Ahmad Lutfi Othman

Wawancara Mingguan Malaysia, Ahad lalu dengan Dr Mahathir Mohamad (kiri), mengenai persiapan Umno menjelang PRU13, sempena perhimpunan agung parti itu, bermula 29 Nov ini, dikatakan mencetuskan rasa tidak puas hati ramai pemimpin dan aktivisnya.  

Mingguan dan Utusan Malaysia nampaknya masih menjadikan bekas Perdana Menteri itu sebagai sumber berita utama berbanding akhbar arus perdana yang lain.

Bercakap kelemahan Umno, seperti lazimnya, Mahathir mengecam dan meletakkan sepenuh kesalahan kepada pengganti beliau, Abdullah Ahmad Badawi: "Umno sudah menjadi rosak teruk apabila Abdullah mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya."

Bagaimanapun, Mahathir yang dilihat lebih percaya kepada Muhyiddin Yassin, turut menyindir Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Najib Razak: "Umno memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin Umno yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru."
(Khabarnya Mahathir tidak senang dengan kegemaran Najib yang kerap melancong keluar negara).

Mahathir terus memperlekeh kemampuan pemimpin Umno, termasuk para menteri dan ketua bahagian, yang disifatkannya gagal menjawab serangan pembangkang khususnya mengenai rasuah dan kronisme.

"Di kalangan pemimpin Umno tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti (semasa) bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi," bidasnya.

Ditanya apakah orang Melayu sudah kritikal terhadap Umno, beliau menjawab: "Ini adalah soal impression bahawa Umno dipimpin orang yang korup dan orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan. Ini adalah benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah. Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah ..."

Segera saya teringat buku Reformasi Pembiayaan Politik di Malaysia, terbitan tahun 2010, yang dihasilkan sekumpulan pengkaji Transparency International. Mahathir merupakan salah seorang yang diwawancara. Beliau dipetik sebagai berkata: "Hakikatnya setiap orang yang dilantik ke jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam tahun 2009 memang kerana mereka menggunakan wang. Jadi bolehlah anda mengatakan bahawa jawatankuasa pusat Umno sebenarnya terdiri daripada orang yang bersikap rasuah."

Seorang teman mengirim emel kepada saya, mengutip respons Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Md Alwi Che Ahmad dalam Facebook. Saya tertarik dengan ungkapan Alwi, di antaranya: "Hari ini Tun M kata macam-macam, Melayu gaduh sama sendiri, pemimpin Umno tiada pelapis ... saya nak tanya Tun M, bukankah di zamannya Umno dan PAS mula gaduh? Dia benci PAS sebab Yusof Rawa pernah kalahkan beliau. Lepas itu dia pecat Musa Hitam, kemudian guna Pak Ghafar, lepas itu suruh Anwar kalahkan Ghafar. Sebelumnya dia benci Tengku Razaleigh, kemudian pecat Anwar ...

Dalam FB, Alwi kelihatan berdebat dengan seorang penyokong Mahathir. Beliau turut merakamkan: "Dulu saya selalu hantar Tun M keluar negara. Cium tangan hormat pemimpin dan orang tua. Tetapi suatu hari di bilik bunga raya, saya tengok Pek Khing letak tangan atas bahu Tun M, Vincent Tan pula salam biasa, saya jadi kaget. Lepas itu saya refused menghantarnya tetapi hati saya memberontak. Aku hormatkan dan muliakan pemimpinku, (tetapi) bangsa lain ....

"Saya cuma minta dia berlaku adil dalam kritikannya .... anak-anaknya tiada yang tidak kaya raya, kapalterbang sendiri pun ada, dia hentam Cina, tapi di sekelilingnya semua Cina berjaya, saya hanya mahu dia berlaku adil!"

Apa pun, saya lebih terkesan dengan gesaan Mahathir agar Umno memberikan tumpuan untuk menarik pengundi Melayu. Bekas Presiden Umno ini tidak pula menunjukkan kebimbangannya dengan trend pengundi bukan Melayu, khususnya komuniti Cina, yang dijangka terus menolak BN dalam PRU13 nanti.

Mahathir seperti mahu menyampaikan mesej bahawa jika berlaku swing undi di kalangan orang Melayu -- walaupun sedikit -- peluang BN untuk mengekalkan penguasaan di Putrajaya terjejas dengan teruk.

Dari sisi lain, bukankah selama ini banyak pihak risau tentang keupayaan PAS untuk mendekati dan meraih sokonganmasyarakat Melayu luar bandar, khususnya di kampung-kampung tradisi dan peneroka Felda? Maknanya, yang perlukhuatir dan berusaha berlipat ganda untuk memenangi minda dan hati orang Melayu adalah PAS, bukannya Umno, 'kan?

II.Dua hari sebelum berlangsungnya majlis diskusi e-buku, Kalau Saya Mahasiswa, di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, saya menerima SMS Saifuddin Abdullah (kanan), Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mempelawa untuk turut memeriahkan program berkenaan.

Saya memanjangkan jemputan itu kepada rakan-rakan lain. Bukunya itu telah saya hadam, namun saya percaya sudut pandangannya tentang dunia kampus tetap segar dan mencabar, apatah lagi UIAM merupakan gelanggang paling sesuai membicarakan isu-isu yang membelenggu kebebasan akademik, menjerut suara mahasiswa dan memperbudak golongan cendekiawan.

Keuzuran menghalang saya, diganggu pula dengan deadline Harakah. Final bola sepak Sukan SEA di antara Harimau Muda dengan pasukan Indonesia di malam sama memang mengujakan tetapi saya hanya beminat untuk mengetahui keputusannya. Jantung saya masih tidak selesa untuk menanggung debaran yang memenatkan!

Tanpa mengetahui perkembangan diskusi itu, esoknya, pagi Selasa, saya bertanyakan Saifudin melalui SMS, dengan hasrat untuk turut mengulasnya dalam kolum ini. Tanpa menjelaskan, beliau hanya minta alamat emel saya.

Rupanya saya ketinggalan keretapi. Pada saat-saat akhir, UIAM membatalkan program itu. Saya turut merayau ke akaun Facebook Saifuddin. Beliau menyifatkannya, "ini tribulasi dan asam garam perjuangan". Kepada Malaysiakini, beliau berkata, "inilah kali pertama saya dijemput tapi program dibatalkan."

Waduh, alahai ... dan aneh sekali, di waktu Mahkamah Rayuan cuba memberikan ruang untuk warga kampus melaksanakan hak yang dijamin Perlembagaan, Rektor UIAM -- tentunya selepas mendapat arahan menteri, yakni boss Saifuddin sendiri -- yang mempunyai latar belakang undang-undang yang hebat bertindak senekad itu atas alasan "isu Auku sedang hangat diperkatakan".

Belum pun berlalu episod hitam menimpa Prof Aziz Bari, UIAM seperti ghairah menagih kontroversi baru. Kali ini bukan membabitkan mana-mana tokoh pembangkang, kerana yang dihalangnya adalah seorang timbalan menteri dan Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Saya pernah mengusik Saifuddin; nampaknya beliau seperti keseorangan, atau mungkin hanya didokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA, Senator Gan Ping Sieu, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Ketiga-tiga mereka popular dengan aktiviti bola keranjang, YB'sCanJump. Jawabnya, "ada ramai lagi tetapi tidak berani bersuara."

Mengapa Saifuddin digeruni? Meskipun tegas mempertahankan prinsip dan berani menongkah hujah lapuk yang dikemukakan rakan-rakannya dalam BN, termasuk menyanggah daleh kolot pegawai kanan universiti, tutur katanya tetap teratur dan sopan. Dalam satu program TV, Saifuddin membidas tajam pendirian bebal bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Ali Shah.

Dalam e-bukunya, Saifuddin menegaskan, Auku jelas mengongkong dan mengawal gerakan mahasiswa sehingga menjadikan mereka lesu.

Beliau juga menolak hujah yang mendakwa Auku tidak menyekat gerakan pelajar hanya kerana banyaknya jumlah program yang dijalankan di kampus. Beliau mengkategorikan tiga jenis program mahasiswa, iaitu aktiviti, bakti dan advokasi.

Baginya, program yang sekadar aktiviti kurang berkesan, manakala bakti dianjurkan dalam satu siri atau pakej yang punya matlamat tertentu. Sedangkan advokasi ialah prsoes pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan, yang dilakukan menerusi memorandum, perundingan, melobi dan sebagainya.

"Ada aktiviti yang sekadar aktiviti. Ada aktiviti yang bersifat bakti. Ada aktiviti yang bersifat bakti dan advokasi. Manakala ada aktiviti yang bersifat advokasi sahaja, dan ada yang bersifat advokasi dan bakti sekali gus, tetapi jarang terdapat advokasi dan aktiviti sekadar aktiviti.

"Gerakan mahasiswa ditandai oleh sifat atau ciri advokasi," jelas Saifuddin. Dan inilah jenis program yang terpaksa menempuh pelbagai halangan di universiti.

"Ada yang berpendapat Auku 1979 perlu untuk mengawal mahasiswa daripada berpolitik kerana bimbang mahasiswa menentang kerajaan. Soalnya, mengapa tidak ditanya mengapakah kerajaan ditentang oleh mahasiswa?" katanya, dipetik daripada e-buku "Kalau Saya Mahasiswa".

Sumber: Harakahdaily.net

Boleh tak dengan Hadis & Ayat Al-Quran sampai bulan???

 
BUKTI PENYOKONG UMNO MEMPERSENDA AL-QURAN
DAN HADIS.

Kerana tak puashati dan cemburu Angkasawan Negara berjumpa dengan TGNA, penyokong UMNO ini sanggup mengeluarkan komen yang mempersendakan Al-Quran Dan Hadis.

 
Jawapannya dengan ilmu daripada Al-Quran dan Hadislah orang dapat pergi kebulan. Beritahu aku kalau bukan Ulama' Islam yang mengkaji sains, matematik dan kejuruteraan dan kemudian ditiru orang barat adakah mereka akan dapat membuat roket untuk pergi ke bulan..

Beritahu aku kitab mana yang menceritakan tentang pergerakan orbit, peristiwa siang dan malam...Jika manusia yang menulis komen itu orang Islam maka secara sedar dia telah memperlekehkan Kitab suci Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.






http://naimnikmat.blogspot.com/

BARISAN WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG !

Penerangan Pkrmelaka

Ahli2 Parlimen Pakatan Rakyat keluar dari Parlimen untuk menyambut para peguam Majlis Peguam dan aktivis pelbagai NGO yang tiba dari Perhimpunan di Taman Tasik Perdana menentang RUU Perhimpunan Aman, 29.11.11.

Peguam berarak ke parlimen bantah Akta Perhimpunan Aman

Saya petik:

[KD] KUALA LUMPUR 29 Nov: Peguam dari seluruh negara berarak ke parlimen bagi membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang dibahaskan hari ini.


Perarakan yang dinamakan Walk For Freedom itu bermula dengan perhimpunan di Kelab Taman Perdana Di raja dan turut disertai orang awam.


Lebih 1000 peguam dan orang ramai menyertai perarakan berkenaan bermula jam 12.30 tengahari.


Presidennya, Lim Chee Wee, sebelum perarakan berkata, peguam seluruh negara tidak boleh berdiam diri dan menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa sebarang tindakan.


Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam, Syahrezan Johan pula berkata perarakan itu tidak bermotif politik, tetapi membantah tindakan tergesa-gesa kerajaan cuba meluluskan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan.


Turut kelihatan hadir dalam perhimpunan itu Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Jawatankuasa Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar dan timbalannya, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.


Mereka yang berarak dilihat bersemangat melaungkan ‘bebas! Bebas! Bebas himpun! dan Bebas Rakyat bagi membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan diundi di dewan rakyat hari ini


Kira-kira 200 anggota polis berserta trak FRU berkumpul di jalan masuk ke parlimen, namun tidak mengganggu peserta berkenaan.


Bagaimanapun, hanya 10 wakil Majlis Peguam yang dibenarkan memasuki parlimen diketuai Presidennya, Lim Chee Wee.


Mereka disambut oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat selepas melepasi pintu pagar parlimen.


Memorandum dari Majlis Peguam bagi membantah Rang Undang-Undang berkenaan disampaikan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K Liew.


Sementara itu, terdapat satu kumpulan dipercayai anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara turut mengadakan perhimpunan.


Mereka melaungkan bantahan terhadap majlis peguam, termasuk membuat provokasi dengan membakar T Shirt, memaksa pihak polis bertindak.


Read more:
http://kafesantai.blogspot.com/2011/11/peguam-berarak-ke-parlimen-bantah-akta.html#ixzz1f5Yy2NRv