Friday, October 28, 2011

Wajah lelaki yang menyerang kereta team Jingga 13!

SAMBUNGAN dari laporan pada artikel lalu rujuk sini [Jingga 13 diserang].

Oleh kerana kami sedar lelaki berbadan besar berkepala botak tersebut ingin menutup pintu pagar resort bagi menghalang kami keluar, kami segera menggerakkan kenderaan keluar dari kawasan resort tersebut perlahan-lahan.

Tiba-tiba, kenderaan yang dinaiki oleh wartawan TV Selangor di belakang kami sudah mula diserang ditendang, ditumbuk dan ditepuk oleh sekumpulan lelaki. Mereka berteriak mahu wartawan TV Selangor keluar dari kenderaan.

Saat itu kami berada di sebelah lelaki botak yang dilihat belum sempat sampai ke pagar untuk menutupnya. Lelaki itu menjerit sambil menghentak-hentak cermin kereta menjerit mahu kami keluar dari kereta Naza Citra yang kami naiki.

Saat cemas tersebut sempat dirakamkan melalui iPad2. Di bawah ini wajah lelaki botak itu yang sedang menghentak-hentak cermin kereta dan cuba membuka pintu. Mujur kami segera beredar dan sempat keluar dari Resort tersebut sebelum pagar ditutup.

Kami terus meluncur laju, dan kami dapati kereta kelisa wartawan TV Selangor juga sempat keluar dari Resort tersebut sebelum sebarang perkara buruk berlaku. Kami terus menuju ke Shah Alam kerana bimbang diekori oleh samseng tersebut.

Sampai di Shah Alam kami singgah di pejabat TV Selangor di Batu Tiga Shah Alam. Kami dapati kereta wartawan TV Selangor tersebut kemik di bahagian tepi hadapan dipercayai akibat ditendang. Di bawah ini gambar keadaan kereta tersebut.


Kenapa warga asing diberikan kursus keusahawanan? Apa perlunya kursus keusahawanan untuk warga asing dikawal oleh sekumpulan samseng-samseng ini? Laporan Polis tentang hal ini telah dibuat oleh pihak kami malam semalam.

ReJaM© "Demi mengekalkan kuasa, negara digadai di depan mata..."
Posted by ReJaM©

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/10/wajah-lelaki-yang-menyerang-kereta-team.html#ixzz1c3bqWIHj

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.