Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.
Sultan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.
"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini. - Mkini.
Suka aku ulang sekali lagi:
"mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan."
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini. - Ibid
Maksudnya, Sultan Johor bagi kata dua kepada mahasiswa UTHM? Kalau depa sokong Pakatan Rakyat yang sokong politik jalanan dan tak menyokong Barisan Nasional, dia akan letak jawatan sebagai Canselor universiti tu?
Agak-agak mahasiswa nak peduli ka dengan 'titah' sultan macam tu?
Agak-agak mahasiswa yang tak peduli dengan 'titah' sultan macam tu akan dilebel sebagai penderhaka ka?
Agak-agak kalau depa dilabel sebagai penderhaka depa akan mohon maaf pada Sultan Johor macam Lim Guan Eng hari tu dak?
Bukan saja rakyat negeri Johor takut dengan perubahan dan tak percaya dengan parti lain kecuali Umno, sultan depa pun nampaknya macam tu jugak.
Tapi tu cerita dulu, dengar ceritanya sekarang ni rakyat Johor semakin ramai berani menentang Umno BN, pasai depa semakin faham konsep sebenar demokrasi, cuma nampak macam sultan Johor masih belum faham konsep demokrasi sebenar.
Tapi tu pun takdak masalah, pasainya kalau Johor pun dah dikuasai Pakatan Rakyat nanti, tentu punya Sultan Johor 'secara automatik' akan faham.
Johor jatuh ke tangan 'pembangkang'? Lambat lagi kut...
Cenangau Daunkari
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/10/sultan-johor-ugut-mahasiswa-uthm.html#ixzz1cElmgVJq
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.