Sunday, October 2, 2011

Ramalan Mimpiku – Part 17 - Uncle Seekers

...Yang ghaib hanyalah kepunyaan Allah...
Pihak-pihak yang percaya kepada mimpi haruslah merenungkannya dengan mendalam

Bomoh Rosmah?

Salam semua,
Entah kenapa ramalan mimpi kali ini (selasa 27-9-2011) hanya ‘Raden’ (gambar dibawah) Najib dan Rosmah sahaja yang muncul! Wajah Raden & Rosmah muncul 3 kali (sebelum tidur, semasa dan waktu bangun). 


Disini saya luahkan perasaan ‘kecewa’ dalam artikel kali ini. Harap ianya tidak mengguriskan hati pembaca. Terpulanglah pada anda semua untuk menilai peribadi saya. Harap Maaf... 

Daripada hari ini, semua ‘kuasa spiritual’ yang diamalkan, yang diletak dalam kereta, dalam rumah, dalam bilik dan dalam beg tangan, haruman, alat solek dan apa & dimana saja semakin susut dan akan berakhir tidak lama jer lagi.

Semua ‘MEDIUM’ yang sedia ada atau yang terbaru dari bomoh yang terbaik sekalipun dalam dunia ini sudah tidak bermakna lagi kerana ‘KUASA DALAMAN’ sudah tepu ibarat belon mengempis!

Jika bomoh lain-lain (tak perlulah sebut nama) berjaya ditumbangkan, ‘KUASA DALAMAN’ yang ada pada Rosmah Mansur juga aku berjaya CANTAS dalam masa tidak sampai 100 hari. Semua ikhtiar ini bukan kuasa aku tetapi ini adalah ‘GERAK’ dariNYA.

Kepada yang rapat dengan Perdana Menteri kita ini, tolong sampaikan amanah saya.

"Daripada hari ini cuba perhatikan gerak-geri Rosmah tanpa beliau sedari. Dia pasti ‘resah’ tak tentu hala. Inilah waktu terbaik untuk anda kalau nak tegur, marah, angkat suara atau apa saja selama ini yang anda takut nak buat. Yang penting..jangan gelojoh sebab ‘KUASA DALAMANNYA’ semakin menipis hari demi hari…dia yang sebenarnya semakin takut tak tentu pasal dengan anda. Kalau dia berani pun hanya ‘acah-acah jer’…"

Kalau apa yang saya cakap ini satu penipuan, boleh angkut saya dan sumbat dalam mana-mana ‘tempat tahanan’ dalam Malaysia.

Lagi satu paling senang camni ajelah, kalau dulu orang sekeliling takut dengan Rosmah tapi sekarang ni orang menyampah dan meluat. Dato Sri cuba buat kajian secara rambang.

Mamat ini yang dikenali sebagai Raden memanggil Rosmah sebagai ‘Kak Ros’. (Dia tak boleh sebut perkataan ‘R’ dengan betul). Pada 16 Jun 2011 (klik) aku dah beri amaran padanya supaya menghentikan semua aktiviti mengarutnya sebagai salah seorang ‘broker paranormal’ tetapi masih buat jugak! Sekarang ni ‘kuasa spritual’ lu dah zero “0”..paham tak… “0”…..Menteri-menteri dan VIP yang lain tak payahlah buang masa dan buang duit minta tolong mamat ni lagi sebab dia dah “0”

Lu tak payahlah mengadu lagi buat muka sedih kat VIP tu!

“Apa salah saya pada Uncle buat saya sebegini…?” (nada indonesia)

Memanglah antara kita tidak pernah berjumpa dan kenal dan lu tak salah apa-apa pun ngan wa tapi lu menyusahkan jutaan rakyat Malaysia dengan ‘MEDIUM’ yang kau supply kat dia orang tu! Kalau tulisan aku ini adalah fitnah, kau saman jer aku ikut lunas undang-undang. Kalau kau bangang tentang undang-undang, kitakan dalam dunia paranormal, apalagi? Carilah yang kat Kalimantan tu kasi jahanam sama aku (kalau bolehlah…) …Ulang sekali lagi..lu dah zero “0”….

Kepada semua pembaca, mohon maaf kalau saya menggunakan kata-kata kasar sebegini sebab memang saya 'tak bagi muka’ pada 'AHLI SPIRITUAL' dan ‘BROKER PARANORMAL’ yang 'supply medium paranormal' pada pemimpin-pemimpin Negara saya untuk ‘menyalahguna kuasa’ demi Negaraku Malaysia yang tercinta. Aku Cuma ada satu Negara saja bukan macam orang lain ada “PR” pelbagai Negara.

Abang...Abang Rahman bukan orang politik. Sebaiknya berkata benar adalah lebih baik walaupun ianya pahit. (klik). Yang mampu kita lakukan sekarang hanya ‘berdoa’ bukannya beri harapan palsu pada pembaca dan peminat. (klik)

Kalau ramalan mimpi ini benar-benar terjadi sekalipun, anggaplah ianya secara kebetulan. Yang pandai mentafsirkan mimpi hanyalah Nabi Yusuf.
Uncle Seekers

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.