“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan.”
Hikmah dari bait itu mengungkap fitrah pertembungan cahaya dan kegelapan.
Oleh kerana itu, setiap kali kita mendekati kezaliman dan melakukan perbuatan jahat maka semakin malaplah kemuliaan, keadilan serta karamah insaniah.
Justeru saya menyeru agar semua rakyat Malaysia turut serta bersama menegakkan keadilan yang merupakan kelangsungan dari fitrah manusia yang mahukan kebenaran dan menolak kebatilan.
Sempena sambutan Deepavali tahun ini saya ucapkan Deepavali Nal Vathukal
ANWAR IBRAHIM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.