Sunday, October 30, 2011

ISLAM Tidak Beri Apa-apa Masalah Kepada AGAMA Lain – SUBRA



PONTIAN: ”Percayalah, Islam tidak beri apa-apa masalah kepada agama lain” demikian dinyatakan oleh M. Subramaniam, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri Johor. Menurutnya lagi PAS adalah gerakan yang berpaksikan Islam sudah sewajarnya perlu dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Oleh itu, adalah tidak masuk akal katanya sebuah parti yang dipimpin oleh para ulamak untuk melakukan penipuan dan penyelewengan sedangkan mereka terikat dengan disiplin ilmu dan taqwa yang dimiliknya.


”Parti Islam ditubuhkan ulamak untuk naik taraf Islam. Kalau (PAS) menang, adakah mereka (pemimpin) tipu? 



”Kalau tipu, mereka bukan setakat tipu pengundi dan parti Islam (PAS). (tapi) dia turut tipu ajaran Islam daripada Allah.” ujarnya lagi. 


Jelasnya lagi, UMNO dilihat kesungguhan untuk membendung kemaksiatan pada tahap yang rendah memandangkan masih ramai lagi golongan muda jauh daripada suruhan agama. 


”Apa yang diajar oleh Islam sebagai ajaran hari ini sudah jauh daripada generasi muda.

”Bila azan ada anak muda (masih) menyanyi karaoke.” ujarnya lagi. 


Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis Ceramah Perdana Bersama YB Ir. Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, di Unit Peti Undi (UPU) Tampok, Benut, Pontian, dekat sini, baru-baru ini. 


Sementara itu beliau turut memberitahu bahawa pihaknya mempunyai beberapa bukti yang mana pemimpin Melayu hari ini dakwanya telah menipu rakyat seperti isu pengambilan tanah di Taman Soga Batu Pahat dan di Gelang Patah. 


”Berapa banyak bukti (pemimpin) Melayu tipu (orang) Melayu. Taman Soga atau Gunung, Batu Pahat. Tanah itu harta Melayu, rizab Melayu. Yang halau Menteri Besar Zapin. Tanah itu sekarang milik Cina. Bukan mereka Cina yang halau. 


”(begitu juga) Tanah Melayu, tebing runtuh di Gelang Patah, dijual kepada pengusaha Kuwait” dakwanya lagi. 


Dalam pada itu, beliau mencabar para pemimpin UMNO supaya dapat menjelaskan berhubung kedudukan 1.3 juta ekar tanah yang dakwanya ada tangan-tangan ghaib yang telah merampasnya. 


”Saya cabar (pemimpin UMNO) 1.3 juta ekar tanah, mana perginya baki?. Adakah (orang) Cina dan India rampas?” tegasnya lagi. 


Sehubungan itu, beliau merayu kepada para pengundi di Dun Benut untuk membuat keputusan yang tepat dalam pilihan raya akan datang supaya siri-siri penipuan dapat dibendung untuk mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat.

”Apa salahnya kalau pemimpin Islam (Ustaz Atan Gombang) jadi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) di sini (Benut). (beri undi) tidak rugikan umat Islam.” terangnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.