Thursday, October 27, 2011

DATUK MAT ZAIN BUAT NAJIB PANAS BONTOT ?

Menurut Datuk Mat Zain Ibrahim yang merupakan bekas pegawai kanan polis mendakwa bertemu secara peribadi dengan Najib Razak pada Oktober 2008 yang mana Najib pernah mengatakan Abdul Gani Patail dan juga Ketua Polis Negara masa itu Musa Hassan tidak wajar terlibat dalam kerja memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam 1998 DSAI.

 

Ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menjadi perdana menteri pada April 2009.

“Komen YAB terhadap Gani Patail antara lainnya, ‘memang salah untuk memalsukan keterangan. Walaupun boleh jadi tujuan Gani adalah untuk menolong IGP’ (merujuk kepada bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor), membuat keterangan palsu, adalah suatu kesalahan dan tidak patut dia lakukan,” kata Mat Zain dengan merujuk kepada apa yang diperkatakan oleh Najib pada pertemuan mereka.
Mat Zain seterusnya menulis, “komen terhadap Musa Hassan pula, YAB menyatakan antara lainnya, ‘saya mendapat tahu peranan Musa tidaklah seteruk Gani. Saya rasa beliau (Musa) boleh melepaskan diri.”

Mat Zain mengatakan demikian dalam surat terbuka kepada Najib.
Dalam surat terbuka itu, Mat Zain menambah, “selanjutnya YAB telah memberi jaminan akan membincangkan perkara pelantikkan panel bebas dengan Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu) oleh kerana YAB mengatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikkan panel ini, jika saya tidak maklumkan pada hari tersebut . . .”

PAS Wangsa Maju

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.