Thursday, October 27, 2011

BONGKAR ! Penasihat Tony Blair Cuba Selamatkan Najib Altantuya

 

Pendedahan mengejutkan oleh organisasi yang menentang pembalakan haram dan penganiayaan kaum pribumi Sarawak, Bruno Manser Fund (BMF) mengenai penglibatan bekas ketua komunikasi untuk bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair sememangnya mengundang pelbagai persoalan.

Umum mengetahui bahawa Najib Altantuya kini berada dalam keadaan terdesak untuk kembali mendapat sokongan rakyat di saat Barisan Najis menghadapi tentangan paling sengit sejak pilihanraya umum tiga tahun lalu.

Dan berdasarkan kajian terkini unit risikan, didapati pentadbiran Najib Altantuya bakal kecundang dalam pilihanraya umum sekiranya diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Lalu dengan bantuan APCO Worldwide yang sudah menjadi penasihat Najib Altantuya pada April 2009, Alastair Campbell (gambar atas) dihantar oleh Tony Blair bagi memulihkan keadaan yang semakin genting.

Sarawak Report dalam pendedahannya jelas membuktikan bahawa imej Najib Altantuya kini "disolekkan" dengan pelbagai janji manis dan perubahan imej yang kununnya bersesuaian dengan trend anak muda dan lebih kool berbanding dengan penampilan bangsawan yang diamalkannya sebelum ini.

Tetapi ia tidak dapat mematikan sama sekali isu yang lebih mendesak seperti kenaikan harga barang, ketirisan dalam perbelanjaan kewangan serta rasuah yang semakin membarah dalam segenap lapisan masyarakat akibat kos sara hidup yang semakin menggila.

Apa saja alasan yang bakal dinyatakan Najib Altantuya hanya akan menjauhkan rakyat secara senyap walaupun dikhabarkan pilihanraya umum akan tetap akan diadakan bulan depan.

Kita akan lihat nanti sama ada imej kool Najib Altantuya akan sekali lagi memakan diri dan Barisan Najis kerana tiada apa yang dapat membantunya hatta menggunakan perisikan Israel sekalipun sebab rakyat sudah sedar akan pembohongan demi pembohongan yang dilakukan sehingga hari ini.


JALAN PULANG


'Bekas ketua PR Tony Blair bantu Najib menang PRU'

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.