Sunday, October 2, 2011

Bila Mahathir Kata Umno Tumbang Jika PRU Sekarang, Apa Maknanya ?




Ini kata keramat pemimpin sebenar 
nombor satu UMNO
Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar
Maka jelaslah Mahathir telah menyebelahi kem Muhyiddin. 
Di saat Najib bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang teruk tercalar dan dicalar, Mahathir muncul pada waktu yang paling tepat iaitu menegaskan betapa lemahnya UMNO hari ini. Ia termasuklah bermaksud apa yang dilakukan oleh Najib adalah sangat tidak mencukupi bukan sahaja untuk mengembalikan kegemilangan Umno, tetapi juga belum cukup untuk menjernihkan dirinya sendiri.

Belum sempat Najib ingin mengumumkan kenaikkan gaji 30% kakitangan kerajaan, belum sempat Najib mengumumkan kejutan penurunan harga petrol dalam negara barang 40-50sen seliter (baca = gula-gula pilihanraya), Mahathir terlebih dahulu mencelah - tidak membenarkan pilihanraya berlaku sebelum Muhyiddin 'topple' Najib di atas gelanggang yang disediakan Mahathir.
Di Malaysia ini, barang siapa yang menidakkan Mahathir, dengan erti kata lain mengatakan tidak kepada Mahathir, maka orang itu akan ketinggalan dari arus sebenar. Lihat apa yang terjadi kepada Khairy Jamaluddin? Lihat apa jadi kepada Anwar Ibrahim sendiri, yang mengambil risiko demi membebaskan negara ini dari punca akar korupsi.

Sebenarnya, peluang paling baik untuk menumbangkan Umno ialah ketika Mahathir masih menjadi Perdana Menteri - PRU tahun 1999. Itulah peluang terbaik kerana menumbangkan Mahathir sebagai presiden Umno umpamanya seperti menumbangkan kerajaan korup bersama akar tunjangnya. Sekarang Mahathir bukan lagi presiden Umno, tetapi menjadi entiti yang menentukan halatuju Umno. Siapa mahu argue dengan Edyes dalam hal ini ?

Dalam masa yang sama, terfikirkah kita bagaimana caranya untuk menumbangkan seorang Mahathir yang ketika ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan? Ahli Parlimen pun bukan, Ahli Majlis pun bukan. Kita tidak ada banyak pilihan melainkan menumbangkan Umno sebelum Najib 'diturunkan' tahta. Di situlah tumbangnya seorang Mahathir.

Mahathir yang berani di arena antarabangsa itu juga punya rasa takut andainya Umno tumbang dalam hayatnya. Maka oleh sebab itu juga Mahathir terus menakut-nakutkan Najib dengan ungkapan, 'Najib tumbang jika adakan PRU sekarang', Sedangkan Najib sudah bersedia dengan skrip Apco RM77juta setahun secara klinikalnya mula membuahkan hasil. 
Walaupun tidak seberapa hasilnya Apco terhadap imej Najib, tetapi percayalah bahawa Najib merasakan dirinya akan diterima walaupun pada hakikatnya, warga Felda pun dah mula tolak Najib. Belum lagi dikira perihal Rosmah yang dilihat masih lagi menyampaikan ucapan raya di TV pada hari raya ke-18.

Mengapa Mahathir takut Umno kalah? Sudah tentulah Mahathir takut, kerana kita belum lupa siapa Mr. 10%. Kalau Umno kalah dalam hayatnya Mahathir, bukan hanya temboloknya sahaja akan disiat-siasat, malah hingga sejarah kemerdekaan juga akan diperbetulkan. Maka hancurlah Umno hingga ke ususnya, hingga ke sejarah penubuhannya.

Sudah pasti Najib lebih takut jika Umno tumbang. Hanya mereka yang pernah baca buku "Siapa Arah Bunuh Altantuya" keluaran Che'GuBard sahaja yang akan lebih tahu betapa takutnya Najib, hingga terlepas Tanjung Pagar. Begitu juga mereka yang sudah mendapatkan buku 'FITNAH' keluaran SAMM tulisan Edyes dan che'GuBard, pasti mengetahui bagaimana penentangan bermula, bagaimana Liwat I dan II itu sebenarnya punya skrip yang sama. Dapatkannya di sini

Edyes bukan sahaja gembira dengan apa yang Dr Mahathir ucapkan hari ini, malah apa yang Edyes percaya dan yakin rupa-rupanya turut diyakini oleh Dr. Mahathir - Bapa Umno baru. Seorang Mahathir yang bukan mudah untuk menyatakan "Umno boleh kalah besar jika PRU sekarang!!".

Edyes juga setuju dan yakin bahawa Umno bukan sahaja akan tumbang jika PRU sekarang, malah walau bila-bila pun PRU berlangsung Umno tetap akan tumbang. Sememangnya rakyat sudah meninggalkan politik sempit kepartian berasaskan perkauman, seperti yang telah Edyes tulis di sini.

Hari ini bukan soal melayu yang terbit dari kalangan orang-orang melayu kerana mereka seolah-olah telah faham bahawa melayu yang tipu melayu. Tetapi apa yang lebih difikirkan ialah soalnya bagaimana nak bagi anak bini makan dalam keadaan di wallet hanya ada 2 ringgit sahaja... 2 ringgit sahaja dalam keadaan barang dapur belum beli lagi...

Terima kasih Mahathir kerana menguatkan hujah serta 'prophecy' betapa Umno akan tersungkur dan Najib adalah PM terakhir Umno bersama-sama berakhirnya teori RAHMAN.


EDYES @ edyesdotcom

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.