Saturday, October 29, 2011

[Bergambar] Najib Diberikan Sambutan "Hangat" Oleh BERSIH Di Australia

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Perth Rabu lepas bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Delegasi dari 54 negara Komanwel menghadiri persidangan 3-hari di Pusat Konvensyen Perth pada Okt 28 dan kesempatan tersebut diambil oleh, Rangkaian Tindakan CHOGM (CAN), untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap situasi politik di Malaysia.
CAN dianggotai oleh serangkaian besar gerakan sosial termasuklah Bersih.

Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan telah diberikan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia yang berpakaian kuning berhampiran pusat konvensyen berkenaan.

“CHOGM adalah satu persidangan antarabangsa dan ini merupakan masa terbaik untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang berlaku Malaysia,” kata Chom Lee told FMT, jurucakap CAN.

“Masyarakat luarnegara telah terpedaya dengan penipuan kerajaan dan ramai beranggapan Malaysia mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, sedangkan kikatnya adalah disebaliknya.”

Beliau berkata CAN berharap agar ketua-ketua Komawel menyoal Najib mengenai tuntutan Bersih 2.0 mengenai 8 perkara dan juga mengenai rasuah dan isu pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau memberikan beberapa contoh penyalahgunaan kuasa dan rasuah termasuk kematian mereka yang disoalsiasat SPRM dan polis, pembelian kapalselam Scorpene dan kekayaan luarbiasa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Lee, yang kini menetap di Perth sejak 10 tahun lalu, menyatakan keluarganya menghantar beliau keluar dari Malaysia kerana mendakwa beliau menjadi mangsa kepada sistem yang korup.

“Saya kini telah bekerja sepenuh masa di sini disamping memperjuangkan hak generasi yang akan datang kembali ke tanahair,” he said.

Lebih seribu orang beratur dan membuat demonstrasi aman dengan mendapat kerjasama baik dari polis Australia.













kredit gambar: Facebook Bersihkan Malaysia

 

1 comment:

  1. kenapa kita perlu berdemo..tidakkah tindakan kita itu telah memalukan negara di kalangan anggota CHOGM..malaysia melalui PM baru sahaja mencadangkan pergerakan kesederhanaan global dan disokong oleh ahli2 CHOGM..pasti ade saluran yang betul bagi menyalurkan pandangan dan lebih baik jika melalui ahli parlimen yang dipilih setiap kali pilihan raya dan berdebat di parlimen sebagai institusi tertinggi negara

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.