Monday, September 19, 2011

Video Fitnah Terbaru : Anwar Langsung Tidak Gentar


GEORGETOWN 19 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar berhadapan dengan satu lagi video fitnah yang dimuatnaik oleh blog pro Umno.

Menurut beliau, tayangan video berkenaan langsung tidak memberi kesan kepada dirinya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.

“Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik,” kata Anwar pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar ‘.

Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

“Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat,” kata Anwar.
TVS News

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.