Friday, September 30, 2011

Nong Chik: Hidup segan mati tak mahu - Written by Ismail Dahlan, Malaysia Chronicle



Melewati Jalan Telawi di Bangsar, di mana banyak kedai-kedai makan tertumpu, sering mengingatkan kita tentang 'Old West' yang semuanya 'bisa diatur'. Namun, tidak satupun antara kedai-kedai ini mematuhi lunas-lunas peraturan.

Kedapatan banyak kerusi dan meja di kaki lima, ada antaranya yang 'kekal' mengisi ruangan kali lima itu. Jikalau anda tersilap langkah lalu terjatuh, siapa yang akan menanggungnya? Pihak restoran? atau pihak DBKL? 

Semua saling salah menyalahkan. Ada antaranya mempunyai pokok-pokok besar di hadapan kedai. Apa akan terjadi sekiranya seekor lipan ataupun seekor ular tiba-tiba muncul lalu menyerang pejalan kaki, siapa yang harus dipersalahkan? Pihak DBKL pula pasti menafikan tidak tahu menahu soal ini. Kita tahu mereka tahu kerana merekalah yang mengeluarkan saman-saman di kawasan ini. Tetapi kenapa mereka masih tidak mengambil sebarang tindakan?


Bagaimana menyebar cirit-birit?

Sepatutnya, kaki lima dipanggil kaki lima sebab ia tidak sepatutnya mempunyai apa-apa halangan. Kerusi dan meja dan pelanggan sebetulnya duduk di dalam restoran. tak cukup itu, gajah hiasan dan meja besar dan air pancut juga! Air pancuran di kaki lima?

Jika itu tidak mencukupi, cubalah melawat salah satu dari kedai-kedai poular masakan India di Bangsar dan anda akan tahu apa maksud saya - 

Keadaan dapur masaknya menggerunkan. Jabatan Kesihatan DBKL sepertinya alpa atau lebih dari itu. Satu restoran di situ didapati mengalirkan darahke dalam longkang dibelakang kedai! Tak payah ambil kira sensitiviti pelanggan, ini ternyata sesuatu yang sangat tidak bersih dan terlampau. Pelayan kedai secara selamba menyentuh makanan sebelum menghidangkannya didepan pelanggan! Cara mudah untuk dijangkiti wabak penyakit dari makanan dan kuman seribu jenis di dalam perut.

Semua ini berkisar tentang tindakan dan perlaksanaan undang-undang, yang mana DBKL sepatutnya  bertanggungjawab secara keseluruhan. Datuk Bandar yang rata-ratanya pesara sektor awam tidak dicalonkan oleh majorit masyarakat. Dia sebenarnya tidak mempedulikan kota Kuala Lumpur malah lebih rela memukul kayu golfnya di padang-padang hijau cantik dipandang.
Siapa yang bersalah sebenarnya ni?

Nong Chik

Sudah tentulah Menteri Wilayah Persekutuan dan timbalannya! Raja Nong Chik tanpa rasa segan dan malu sempat menghantar mesej Hari Raya melalui telefon bimbit warga KL dan baru-baru ini menjemput penduduk Lembah Pantai, namun rakyat langsung tidak nampak apakah kebaikan yang telah beliau sumbangkan sejak diberikan jawatan menteri.

Timbalannya megah kerana berjaya mengubah Brickfields menjadi tempat persinggahan penuh ukiran-ukiran 'aneh' dengan air pancuran gajah di tengah jalan, selain penggunaan warna-warna kontras yang memeningkan.

Menteri Wilayah Persekutuan sepatutnya memberikan tumpuan kepada kerjanya dan memastikan DBKL beroperasi dengan lancar; daripada membazir masa berkempen untuk Lembah Pantai, di mana beliau bercita-cita untuk menang di dalam pilihanraya nanti menentang Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Rakan sejawatan beliau sendiri sebenarnya tahu perjalanannya sukar dan telah menasihatkan beliau untuk melupakan sahaja hasrat itu. Sebaliknya cuba di kawasan Titiwangsa menentang PAS. Malangnya di sini juga beliau tidak mempunyai peluang yang cerah!


Wanita terhormat

Warga dan penduduk Titiwangsa masih ingat akan arwah Dr. Lo'Lo' Ghazali yang baru sahaja meninggal dunia bulan Julai lalu diusia 54. Seorang pakar perubatan, Lo'Lo' adalah salah satu daripada wanita di dalam PAS yang memang kerusi Parlimen selepas menewaskan Aziz Jamaluddin Mohd Tahir dari BN dengan majoriti 1,972 undi di PRU ke-12 yang lalu.

Sekiranya UMNO mengharapkan untuk menang tipis ke atas Dr. Lo' Lo', mereka perlu berfikir dua kali. Di dalam waktu yang singkat, Dr. Lo'Lo' telah mendapat maklumbalas yang cukup baik dari warga setempat.

"Walaupun ibu saya terlantar sakit, beliau sangat risau tentang penduduk di kawasannya," ujar anak beliau Muhd. Fawwaz.
Begitu juga Si Nakal UMNO, Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen Rembau, yang mengingati beliau sebagai 'seorang yang baik dan santun'.
Apapun, Raja Nong Chik yang tidak sehebat mana itu tiada pilihan lain. Menurut para veteran UMNO, beliau harus merasa bertuah kerana turut serta di dalam Kabinet kerajaan.
Nampaknya Nong Chik hanya membazirkan waktu di Lembah Pantai, cuba merampas dari Izzah yang terus bertenaga. Jangan terkejut kalau terjumpa beliau di Titiwangsa, mencuba nasibnya yang tak kunjung tiba -mencari akal mengganggu warga.

- Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.