nota:
tetapkan tarikh
susun anak muda
turun ke jalan fraya
tak perlu amaran!
TUNAI 5 TUNTUTAN ATAU BERSIH 3.0 - harakah daily
Kerajaan BN diingatkan agar melaksanakan tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jika tidak mahu himpunan aman Bersih 3.0 yang akan mengambil tempatnya.
Tuntutan lima perkara itu bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihanraya di tanah air, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, sekiranya Kerajaan BN enggan melaksanakan 5 tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen, kerajaan ternyata hanya sekadar bermain-main dengan kenyataan-kenyataannya ke arah itu.
Menurut beliau, oleh itu, Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan itu bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.
NOTA:
disini para politikus kurang faham
tak perlu beri amaran
amaran ini mat mongol tak akan ambil pot
amaran ini gerombolan tak akan peduli
amaran saja gtak memadai
yang ditakuti oleh gerombolan
bukan amaran tetapi tindakan
lalu
banyak kan tindakan
tak perlu beri amaran
selalunya yang amaran ini
tak ada tindakan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.