Wednesday, September 21, 2011

Kisah Benar: Belut MASUK ke dalam ZAKAR, Boleh Bayangkan???




Metro UK
memetik berita tentang seorang lelaki China yang terpaksa menanggung seksa apabila seekor belut bersaiz kecil memasuki lubang zakarnya ketika dia sedang berenang dengan sekumpulan belut hidup untuk satu sesi rawatan kulit.

Rawatan belut ini samalah rawatan ikan yang memagut kulit mati yang ditawarkan di sesetengah spa di Malaysia.


Memikirkan bahawa belut akan mengambil masa yang lama menjalankan tugas mereka dengan cara yang dilakukan oleh prosedur rawatan, Zhang Nan menyelam ke dalam air dan membiarkan kumpulan belut itu "meratah" sisa kulit matinya. 
 
Seketika kemudian, Zhang berasa sakit seolah-olah benda tajam menusuk ke saluran zakarnya, sebelum menyedari seekor belut kecil memasuki saluran uretranya.

'Saya keluar dari air. Saya berasa sakit yang teramat sangat dan menyedari belut kecil telah berjaya hampir memasuki ke hujung zakar saya, " kata lelaki yang berusia 56 tahun dari Honghu, daerah Hubei. 
 
"Saya cuba memegang dan menariknya keluar, tetapi belut itu terlalu licin. Akhirnya, kesluruhan badan belut itu memasuki zakar saya." 

Menyedari bahaya yang dihadapi, Zhang tergesa-gesa  ke hospital, sebelum menjalani pembedahan selama tiga jam untuk membuang belut sepanjang enam inci itu. Menurut doktor, belut itu telah mati ketika dikeluarkan dari saluran zakar Zhang.

Pakar bedah Jin Wang, sifat belut yang licin membuatkan binatang itu mampu masuk ke dalam saluran zakar Zhang.


'Diameter salur kencing zakar lelaki sempit, tetapi badan belut yang  licin, membolehkan bianatang itu masuk  ke dalam zakar dengan mudah, "katanya.-DCM


P/s: ADUH!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.