Thursday, September 22, 2011

Kes Liwat Anwar Menakjubkan - Dr. McDonald.

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Pakar DNA dari Australia Dr. Brian McDonald menganggap kes liwat kedua melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebagai satu kes yang amat menakjubkan.

Beliau menjelaskan ini kerana amat jarang beliau melihat satu bahan bukti penemuan DNA melalui rektum sperma yang dibiarkan secara terbuka selepas 56 jam.

"Kes itu, bersama-sama dengan kes 1982 (yang sebelum ini menyatakan sperma boleh didapati selepas 65 jam), adalah hanya dua yang pernah didokumenkan. Dalam 99.9 peratus (kes), anda tidak akan dapat mencari sperma selepas waktu sebegitu lama."

Dr. Brian 2 hari lepas mengiyakan kenyataan pendakwaraya bahawa rektum sperma boleh dikenalpasti dalam tempoh selama 113 jam walaupun ianya amat jarang berlaku.

Hari ini merupakan hari terakhir Perbicaraan Kes Liwat Anwar melibatkan saksi keempat iaitu Dr. Brian McDonald.

KLpos

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.