Tuesday, September 27, 2011

Kenyataan Paling Bangang Daripada Seorang Blogger UMNO Yang Pernah Aku Dengar..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKShkKQ2RGQh_-f6eQ4A4YaZ0b66FMpT7TUN51HxrjK6zZ-m52dJYYkYWU-PbTNeVjrnIt78VKyjzm89p3Qx-daw29bWbyrNLiSkQfjhYTGojPB-Du0hsJmjZDmegu1NXaXSiYpG7E7A4/s1600/taiping+mali.JPG
"Halalkah mereka menggunakan jalanraya yang dibina oleh perancangan Umno untuk kemudahan rakyat.

Halalkan ubat-ubat dari pada klinik dan hospital yang telah dirancangkan oleh Umno Bn untuk memberikan perkhidmatan dan menjaga kesihatan rakyat" - Taipingmali.

Dan ini aku pula nak tanya:

Adakah UMNO/BN itu tuhan sehingga manusia wajib bersyukur di atas pemberian jalanraya,ubat-ubatan, sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah?

Dan nak tanya lagi kepada blogger itu, daripada manakah sumber duit untuk membuat jalanraya dan membekal ubat-ubatan kalau bukan daripada cukai yang dibayar oleh rakyat?

Dan soalan terakhir halalkah duit gaji seorang wakil rakyat jika undi yang dimenanginya hasil daripada undi hantu,undi pos & undi warga asing?

kenapa seorang Cikgu boleh keluarkan kenyataan bangang seperti itu?

Selanjutnya



Tuesday, September 27, 2011
Ustaz Azhar Idrus - ustaz bodoh?
Sebelum ada yang belasah aku, dukacita dimaklumkan bukan aku yang kata macam tu, aku cuma pinjam tajuk posting sorang blogger penchachai pandy kutty Umno.

Rupa posting dia macam gambar kat sebelah ni.

Aku sebenarnya berminat nak tengok apa hujjah blogger Umno ni kata Ust popular ni bodoh, pasai tu la aku bukak blog dia. Rupa-rupanya bukan tahap hujjah bodoh lagi dah, tapi tahap hujjah BANGANG.

Ustaz bodoh ini pandai kutuk Najib tetapi dia lupa bahawa Pas menjunjung Nik Aziz, Nik dilabelkan sebagai tuan guru, Pas juga mengangkat Anwar takut akan Anwar dan takut akan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng... - Taipingmali.

Aku tak kenai sebenarnya sapa blogger Taipingmali ni. Cumanya Matsamankati pernah tulis:

Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali. - Malaysiatimes.

Malang la anak sapa ada cikgu yang sanggup guna hujjah bangang macam tu.

Mungkin ayat kat bawah ni boleh menggambarkan tahap pemikiran dan kefahaman blogger Umno sorang ni.

Halalkah mereka menggunakan jalanraya yang dibina oleh perancangan Umno untuk kemudahan rakyat.

Halalkan ubat-ubat dari pada klinik dan hospital yang telah dirancangkan oleh Umno Bn untuk memberikan perkhidmatan dan menjaga kesihatan rakyat - Taipingmali.

Kesian sungguh la kat Zambry bayar mahal-mahal untuk blogger tahap pemikiran macam ni. Teringin jugak aku nak tengok macamana rupa blogger Taiping Mali ni. Blogger Bijan janji nak bagi kat aku gambar Taiping Mali ni sampai hari ni tak bagi-bagi lagi pun.

Aku rasa ramai yang nak kenai blogger TaipingMali termasuk penyokong Umno yang berminat nak jadi Cybertrooper Umno. Mana tau ada peluang dapat RM2,500.00 sebulan.

Hasil bantuan PakcikGoogle aku jumpa gambar macam kat sebelah ni kat sini. Betul ka dak TaipingMali ada dalam gambar tu tak pasti pulak aku tapi takkan Azam nak tipu pulak kut.

Cenangau Daunkari

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/09/ustaz-azhar-idrus-ustaz-bodoh.html#ixzz1Z8u7J3xp

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.