Saksi ke tiga pakar forensik dan patologis dari Australia, Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa terdapat kecacatan pada laporan perubatan dan borang 'proforma' yang dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur terhadap pengadu Saiful Bukhari Azlan.
Dalam keterangannya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah hari ini, David menyatakan tiada kesan pendarahan pada dubur dicatatkan dalam laporan perubatan oleh Dr Siew Sheue Feng yang memeriksa Saiful.
Namun apa yang meragukan, nota mengenai kesan pendarahan tercatat pada borang 'proforma' yang digunakan untuk memeriksa si pengadu.
Selain itu, David turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ianya harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".
Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.
Beliau yang ditemui media selepas mahkamah berehat sebentar berkata perkara tersebut mempertikai kredibiliti saksi yang ditugaskan untuk memeriksa Saiful pada hari tersebut.
Beliau turut membidas saksi pakar kimia dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang memberi keterangan berdasarkan pendapat beliau tentang spesimen DNA "lelaki Y" yang diuji untuk mengaitkan Anwar.
Dr Seah sebelum ini menerima 12 sampel dari HKL dengan dua daripadanya ditanda dengan tarikh yang sangat berbeza.
Seah mengakui tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan penjelasan daripada Dr Siew mengenai hal itu.
Oleh itu, Anwar sebelum ini berpendapat telah berlakunya pelanggaran peraturan asas dalam protokal makmal antarabangsa Jabatan Kimia Malaysia.
Jelas beliau, walaupun pendedahan itu dibuat secara terang-terangan dengan kegagalan penguatkuasaan peraturan yang ketat, bukti yang dibawa oleh Dr Seah masih tetap diterima, sedangkan ia sepatutnya dibuang atas sebab-sebab ketidakcekapan dan kecuaian melampau.
Hal sama turut dinyatakan oleh David.
"Ahli kimia tidak harusnya menyatakan pendapat, beliau sepatutnya memberitahu apa yang ditemui.
Saya akan bawa perkara itu petang ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.